HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2011

Paksa penoreh getah pulang naik bas berlaku di Tenang


PASPB

Penoreh getah dijemput pulang dengan bas.

Presiden Parti Makkal Sakti, R.Kannan memberitahu, perbuatan ugut dan sogokan amat berleluasa di kalangan pengundi kaum India.

Menurutnya, tidak pernah dalam sejarah kaum India yang menoreh getah dijemput pulang dengan bas.

Tetapi, katanya, bas-bas menunggu para penoreh getah kaum India di ladang-ladang pada jam sekitar 11 hingga 12 tengahari, untuk menjemput mereka pulang.

Bukan setakat disediakan pengangkutan, mereka kemudiannya di berikan 'sogokan' berbentuk barangan keperluan seperti susu dan gula.

Polis dan SPR 'perkakas' Umno

Polis dan Suruhanjaya Pilihanraya terus menjadi 'perkakas' Umno dan Barisan Nasional.

Kejadian jentera Umno/BN yang menganggu program kempen PAS dan Pakatan Rakyat terang-terangan tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis dan SPR.

Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar, bukan hanya ahli-ahli umno dibawah yang terlibat menganggu ceramah PAS, malah Menteri Umno/BN turut mempamerkan perangai hodoh, melanggar undang-undang.

Ketika berceramah di Kampung Redong pada 27hb januari, beliau berkata, Umno telah mengadakan ceramah ditempat yang sama, terlalu hampir dengan ceramah PAS.

"Ketika saya sedang berceramah, saya diganggu oleh bunyi ceramah Umno/BN yang diadakan terlalu dekat, ditempat yang sama,

"apabila selesai ceramah, saya hampiri program Umno itu, saya dengan Othman Abdul (Dato') sedang berceramah,"ujarnya kepada Buletinonline.

Apabila beliau memberitahu para petugas Umno, beliau mahu berjumpa dengan mereka yang bertanggungjawab, tiba-tiba Dato' Ahmad Maslan yang turut berada di majlis itu, muncul.

Walaupun telah diberitahu pihak polis, ceramah Umno tersebut tidak mempunyai permit, namun polis bukan sahaja tidak bertindak, bahkan hadir ke majlis ceramah PAS dan menanyakan samada program tersebut mempunyai permit atau tidak.BO

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Ini tidak memberi kesan kepada para pengundi, mereka tetap akan mengundi parti pilihan mereka .

mantra berkata...

kemudahan yang diberikan ini adalah untuk memudahkan pengundi pergi mengundi. lagipun mereka bebas untuk mengundi calon mana yang mereka inginkan.

Jason berkata...

I don't think the people would be easily influenced by any form of bribery.

Jason berkata...

It's wholly up to them who they want to vote. Besides, taking the bus ride and accepting the milk and sugar doesn't mean they will vote for that party.

madd berkata...

semuanya terserah kepada pengundi. mereka telah pun memilih parti mana yang mereka rasakan sesuai.

Paquin berkata...

Kemudahan yang diberikan tidak kaan mempengerahu undi rakyat. Saya yakin mereka pasti undi parti yang mereka mahu:)

Paquin berkata...

Ternyata BN menang besar, so ini memberi gambaran bahawa BN masih di hati pengundi.

Antanum berkata...

Tapi apapun BN sudah menang di Tenang. Apa lagi yang hendak dikatakan oleh pembangkang?

Antanum berkata...

Betul ka apa yang telah dikatakan? Tapi yang menghairankan BN menang pula..

Tanpa Nama berkata...

biasalah, semakin mereka menuju kekalahan, semakin banyak alasan dan fitnah cuba dimainkan oleh mereka. kalau banyak sangat kekotoran dalam BN, kenapa mereka boleh menang besar? bermakna pandangan pengundi berbeza dengan pandangan pembangkang.