MSO
MENJELANG pukul 12:00 malam tadi saya sempat tinjau dan singgah di beberapa kawasan dalam pilihan raya Tenang. Di beberapa tempat masih lagi berjalan kempen hingga ke saat akhir. Pakatan Rakyat nampaknya lebih aktif malam tadi berbanding dengan UBN. Jentera gempur UBN ala Pemuda Tahan lasak 1960-an pula hanya membuat kerja-kerja akhir pemasangan banner gergasi menjelang esok dan menganggangu kempen Pakatan.
Satu kejadian di depan mata di Felda Tenang menunjukkan gelagak gila pemuda Umno. Kejadian ini kontras dengan negeri Johor dikuasi Umno yang dianggap moden. [Saya akan catat kejadian ini di dalam Siasah]
Ceramah Pakatan anjuran DAP di Labis station malam tadi memberi petanda jelas bahawa orang Cina menyokong Pas. Berdasarkan hakikat yang berlaku di situ kemungkinan Pas akan dapat meraih undi cina sampai ke 68%. Kalau momentum ini kekal Parlimen Labis dalam pilihan raya umum akan datang membolehkan calon BN akan kelemasan.
Bayangkan di ceramah BN yang jaraknya tidak sampai 2 km, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang. Ceramah ini juga ditutup awal. Berlainan ceramah Pakatan (DAP) penuh sesak. Orang ramai berdiri di kiri dan kanan jalan tanpa menghiraukan hujan. Ceramah Pakatan ini tutup sebaik menjelang 12:00 malam.
Di Kampung Air Panas BN mengadakan konsert dengan mengundang penyanyi M Nasir dan penceramahnya Ahmad Zahid Hamidi. Ia diadakan dalam dewan sekolah Cina. Kehadiranya juga mengecewakan. Konsert yang patut dihentikan jam 12:00 tengah malam dihentikan jam 10:30 malam.
Menyimpul ringkas apa yang berlaku menjelang tengah malam semalam, Pakatan tidak berputus asa dan menggerakkan kempen sampai ke saat akhir. Berlainan dengan UBN yang sudah memperlahankan rentak kerana sudah yakin memang. Demikian pun begitu keputusan seperti mana yang diramalkan tidak banyak berubah.
Bersama ini juga disertkan gambar reja-reja malam tadi untuk kenangan bersama. [wm.kl.6:00 am 30/01/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan