HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2011

Peneroka menang saman

SINAR HARIAN ONLINE

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol.

Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda.

Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.

Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi.

16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.

Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah.

Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter.

Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka.

Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran.

“Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.

10 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Terima kasih kerana membantu menegak keadilan bagi peneroka Felda.

mantra berkata...

nampaknya hak2 peneroka telah ditegakkan. harap FELDA akan lebih telus selepas ini.

Paquin berkata...

Baguslah kalau hak peneroka dipertahankan:)

Jason berkata...

Glad they win the case.

Paquin berkata...

Semoga lepas ni tidak ada lagi pihak yang cuba membuli peneroka FELDA.

madd berkata...

keputusan mahkamah adalah adil untuk semua..

Bujang Senang berkata...

Keputusan mahkamah adalah muktamad. Maka siapa yang melanggarnya akan dikenakan hukuman..Peneroka mempertahankan hak mereka yang sepatutnya...

Tanpa Nama berkata...

felda perlu perbaiki kesilapan ini. jangan disebabkan terlalu banyak kejayaan2 dikecapi oleh felda samada diperingat tempatan mahupun antarabangsa, maka felda boleh melakukan apa sahaja yang tidak dipersetujui oleh para peneroka.

Antanum berkata...

Semoga keputusan ini memuaskan hati semua.

Unknown berkata...

Ini patut jadi pengajaran kepada yang lain bahawa hak peneroka tidak boleh diabaikan.