SABAH DAILY
Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.
Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.
Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.
"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.
"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -Kosmo
8 ulasan:
Jikalau seorang pelajar itu melakui kesalahan pun tidak patut menghukum mereka sehingga mereka cedera. Gila.
Tidak patut cikgu itu merotan murid tersebut sehingga dia cedera. Pastikan cikgu tersebut digantung kerja dan disaman oleh ibu bapa murid tersebut.
tindakan guru tersebut merotan murid tiba2 adalah tidak patut sama sekali.
Setiap yang berlau pasti ada sebabnya. Namun sebagai seorang guru merotan pelajar mmg kurang profesional la. aduuuiii
tidak salah jika guru menghukum pelajar yang melakukan kesalahan, tapi biarlah tapi janganlah sehingga menyebabkan pelajar tercedera pula.
Tindakkan guru ini mungkin tidak sesuai bagi mendidik. Mendidik bukan dengan cara kekerasan..Oleh itu berikan penjelasan berhubung kes ini.
Mungkin, guru tersebut mempunyai masalah mental. Sebaiknya dia dibawa untuk pemeriksaan.
kementerian pendidikan perlu mengambil berat dengan tindakan melampau guru tersebut. tidak ada kompromi untuk guru yang menggunakan kekerasan untuk mendidik pelajar. tindakan yang paling tepat ialah memecat guru itu serta-merta sebelum lebih banyak tomahan dilemparkan kepada institusi pendidikan di negara ini.
Catat Ulasan