HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2011

Permata Negara Campur Urusan Kementerian Lain

Oleh Dr Rajiee Hadi

RMDalam Bajet 2011 yang diumumkan Oktober lalu, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak baru-baru ini memberi peruntukan sebanyak RM111 juta daripada Perbendaharaan kepada projek Permata Negara (PN) 2011 yang dipromosikan oleh isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), alangkah bagusnya mententeramkan jiwa generasi muda agar boleh menumpukan pengajian sepenuhnya tanpa memikirkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan prestasi akademik mereka.

Projek PN disasarkan untuk melatih kanak-kanak yang dikatakan pintar di peringkat prasekolah. Projek ini seolah-olah mempertikaikan atau memperlekehkan program prasekolah yang kini telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Bahkan program prasekolah juga telah sedia diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga & Masyarakat (KPWKM) di bawah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.

Program PN seolah-olah kelangsungan kelas lompat kanak-kanak pintar yang terpaksa dibatalkan pelaksanaannya setelah projek printisnya menemui kegagalan semasa Najib Razak selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Apakah ini adalah manifestasi kelangsungannya semula?

Projek PN juga memberi impak pada jangka masa panjang. Apa tidaknya, ini melebarkan kelas sosial dalam struktur masyarakat. Walhal Falsafah Pendidikan Negara itu mahu merapatkan segala jurang perbezaan yang mana menuju ke arah perpaduan. Kita tidak mahu projek ini memisahkan dunia kanak-kanak dengan dunia realti sebenarnya.

Bahkan harus diingat; pendidikan itu proses sepanjang hayat. Pintar di tahap permulaan bukanlah bermakna penentu di penghujungnya. Jangan kerana nafsu besar golongan dewasa, anak-anak kecil diajar dengan taraf kelas sosial antara yang kaya dengan miskin, yang di bandar dengan luar bandar, anak-anak menteri dengan anak pembantu am rendah,yang pintar dengan yang lembam dan sebagainya.

Projek PN juga bagaikan mencampuri urusan pendidikan yang sepatutnya di bawah seliaan KPM. Kita tidak mahu kerana campur tangan banyak pihak, anak-anak kecil akan menjadi mangsa perlumbaan, pergelutan dan pergeseran dek politiking pihak atau individu yang berkepentingan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.

14 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Setuju bahawa peruntukkan itu lebih bermanfaat jika digunakan untuk membantu pelajar miskin meneruskan pelajaran ke institusi tinggi.

Mohd Ishak berkata...

Walaupun pendidikan awal adalah penting, tapi bagi saya peruntukkan sebanyak itu tidak diberikan. Budak-budak hanya memerlukan lebih perhatian daripada ibu-bapa dan guru. Pendidikan awal sepatutnya tidak memakan belanja yang sebesar itu.

Mohd Ishak berkata...

Peruntukan itu juga patut digunakan untuk membantu pelajar miskin sekolah rendah dan menengah untuk meneruskan pelajaran kerana kebanyakan mereka yang miskin tidak mampu menanggung belanja yang mahal. Jangan hanya memupuk pelajar yang pandai dan kaya. Tapi semua pelajar tidak kira pandai ataupun tidak pandai, miskin ataupun kaya pun perlu dipupuk.

Tanpa Nama berkata...

peruntukan yang diberikan PERMATA seharusnya digunkan untuk membangunkan semua pelajar di negara kita.

samm berkata...

pekara ini ada pro dan kontranya. harap pendidikan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Unknown berkata...

Peruntukan tersebut terlalu besar, awas jika hasilnya tidak kenampakan.

Unknown berkata...

Diharapkan peruntukan tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat Malaysia.

Unknown berkata...

Semoga pendidikan lebih diutamakan.

Paquin berkata...

Waaaaa banyaknya.. Rasanya lagi bagus kalau peruntukan tu diberikan pada pelajar miskin/susah utk teruskan pelajaran ke ipt.

Paquin berkata...

Apapun saya tak nafikan perkara ni ada pro & kontranya. jadi sama2 lah kita harapkan yang terbaik:)

Antanum berkata...

Kita lihat dulu bagaimana perkembagan usaha yang telah dijalankan oleh Rosmah. Jika membawa kebaikkan, itu sudah bagus dan jika merugikan, minta beliau lakukan sesuatu.

Antanum berkata...

Selepas ini harap2 tidak akan ada lagi perlakuan Rosmah yang tidak menyenangkan rakyat. Jangan disebabkan oleh Rosmah, Najib jatuh!

Tanpa Nama berkata...

sering kita dengar kenyataan pihak pembangkang 'seandainya peruntukkan itu diberikan kepada bla,bla,bla..' semua itu hanya usaha mereka menggagalkan usaha pihak lain dengan membuat gambaran negatif sedangkan hasilnya belum lagi diketahui. setakat ini pembangkang tidak mempunyai inisiatif memajukan negara malah berniat mahu menjatuhkan negara. jangan cuba menggagalkan usaha pihak lain sedangkan diri sendiri tidak pernah melakukan apa2 untuk negara selain menyimpan hasrat untuk memperolehi jawatan kebinet.

Tanpa Nama berkata...

jika pembangkang menganggap penubuhan PN ini bertujuan untuk membezakan taraf kelas sosial, bermakna kita tidak perlukan sekolah menengah sains, MRSM, matrikulasi, universiti dan apa sahaja yang boleh membezakan potensi pelajar di negara ini.