HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Januari 2011

Jumpa bayi dalam longkang

SINAR HARIAN ONLINE

BATU PAHAT - Mayat bayi lelaki dipercayai berbangsa Melayu ditemui oleh seorang bekerja buruh binaan di dalam takungan air longkang ketika dia sedang mula melakukan kerja hariannya kira-kira jam 8.10 pagi semalam.

Bayi berkenaan dijumpai mati terapung di Taman Mekar, Ayer Hitam dalam keadaan tanpa pakaian selain cukup sifatnya.

Pekerja berkenaan, Hamid Marzuki, seorang warga Indonesia yang juga penduduk tetap negara ini berkata, ketika sampai ke tempat pembinaan berkenaan dan mahu mulakan kerja, dia terkejut melihat seolah-olah ada bayi dalam longkang.

Katanya, apabila menghampiri dan melihatnya dari dekat, ternyata ia mayat bayi yang masih lagi sempurna sifat dan seperti baru dilahirkan dengan keadaan mengiring.

“Setelah melihat yang saya temui itu benar-benar bayi, saya terus sahaja menghubungi pihak polis.

“Bayi berkenaan masih lagi mempunyai tali pusat dan juga urinya dan saya percaya ia dibuang dalam lingkungan waktu malam tadi. Bayi ini dipercayai mati lemas akibat takungan berkenaan dipenuhi air akibat hujan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan pihaknya masih lagi membuat siasatan.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ibrahim berkata, mayat bayi berkenaan juga dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Ibrahim turut mengharapkan orang ramai dapat memberikan kerjasama untuk menyiasat kes ini dengan selanjutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes ini diminta tampil ke hadapan untuk membantu pihak polis melakukan siasatan dan kami mengharap orang ramai dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya,” katanya.

8 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Amat sedih melihat seorang lagi insan yang tidak berdosa dibuang oleh ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab.

mantra berkata...

pembuangan bayi ini tak sudah2. dimana letaknya nilai kemanusiaan dalam diri kita.

Jason berkata...

What a heartless thing to do to abandon your own baby to die. They could have just put their baby up for adoption.

Paquin berkata...

Kesiannya. Macam mana juga boleh wujud manusia yang tak berperikemanusiaan. huhuhu

madd berkata...

sengguh menyedihkan..harap kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Bujang Senang berkata...

Semakin menjadi-jadi masalah buang bayi ini. Harap kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian tetang masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

jika hukuman yang sedia ada tidak cukup berat, dan jika hukuman mati terlalu kejam, mungkin hukuman yang paling tepat adalah penjara seumur hidup.. undang2 perlu tegas. tidak perlu ada belas kasihan kepada pesalah walaupun pesalah itu masih remaja.

Antanum berkata...

Sungguh kejam! Jika tidak inginkan anak itu sepatutnya janganlah lakukan perkara yang tidak senonoh.