KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia).
Wisma Putra dalam satu kenyataan menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.
Menurut kenyataan itu, satu pekeliling Nasihat Keselamatan juga dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia bagi mengelak berada di tempat berisiko tinggi tercetusnya rusuhan dan berwaspada setiap masa.
Selain itu, dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.
Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Menteri Penasihat Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata keselamatan pelajar tajaannya di Kaherah adalah terkawal.
Beliau berkata pejabat MARA di Mesir sedang bekerjasama dengan kedutaan Malaysia memantau perkembangan pelajar dari semasa ke semasa.
Selain itu, ibu pejabat MARA di sini bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Wisma Putra bagi mendapatkan arahan serta nasihat sebelum mengambil tindakan selanjutnya, katanya dalam satu kenyataan.
Ibrahim turut meminta pelajar mematuhi segala arahan dan nasihat kedutaan Malaysia berhubung langkah keselamatan yang perlu diambil, selain mengelak berada di tempat rusuhan serta berisiko tinggi.
Seramai 1,000 pelajar tajaan MARA dalam bidang perubatan dan pergigian mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 019-272 0649 atau 019-388 3121
14 ulasan:
baguslah jika semua pelajar Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat.
kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini bagi memastikan semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
syukurlah jika semua pelajar malaysia di Mesir selamat, harap keadaan di sana akan reda segera.
Baguslah jika mereka semua selamat. Apa pun harap mereka tidak akan join dalam protes yang berlaku itu..
Syukur mereka selamat, keadaan politik sana sudah jadi serius akibat ketidakpuasahatian mereka terhadap Husin Mubarak. Semoga Malaysia mengambil ikhtibar rentetan keadaan politik di sana.
rakyat Malaysia yang berada di sana perlu sentiasa berhati2 dan sentiasa mematuhi arahan dan nasihat dari kedutaan Malaysia. keadaan rusuhan dinegara itu amat kritikal sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beribu orang.
Syukurlah kalau selamat.. Sekurang-kurangnya kurang juga kerisauan ahli keluarga mereka.
Harap paerkara ni diberi perhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.
baguslah mereka dalam keadaan yang selamat..
kini kerajaan berusaha untuk membawa keluar rakyat malaysia di mesir.
diharap semua rakyat malaysia di mesir akan selamat tiba di tanah air.
Harap kekecohan di Mesir akan menjadi tenang selepas ini. Rakyat Malaysia perlu menjaga keselamatan diri.
Keselamatan mereka terjamin dan usaha untuk membawa mereka balik ke Tanah Air sedang rancak dijalankan.
Kesemua mereka akan selamat sampai dalam masa beberapa hari ini. Namun keadaan di Mesir pula semakin hari semakin teruk. Kita hanya mampu berdoa agar keadaan bertambah baik.
Catat Ulasan