HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Januari 2011

Arahan polis dan SPR mahu selamatkan BN

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Khalil turut mempersoal arahan pihak polis itu kerana pengguna jalan raya berhak meletakkan apa-apa bendera pada kenderaan kerana mereka membayar cukai jalan.

"Saya persoalkan kenapa kenderaan persendirian tidak dibenarkan meletakkan bendera di keretanya sedangkan mereka sudah membayar cukai jalan dan sebagainya," katanya.

Tambahnya, polis hanya mengeluarkan arahan demikian pada musim pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sahaja namun membiarkan keadaan itu berlaku pada musim perayaan yang lain seperti sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya.

"Apakah yang salah dan menganggu kententeraman awam kalau kenderaan pasang bendera dan apa lagi ianya bermusim masa pru dan prk sahaja," katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali mengeluarkan arahan kepada parti-parti politik agar mendapatkan permit terlebih dahulu untuk berkempen dan menyifatkan perbuatan mengibarkan bendera sebagai salah kerana tidak mempunyai permit.

12 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Tidak kira apa yang mereka buat, rakyat tetap akan mengundi calon yang mereka mahukan.

samm berkata...

arahan yang dikeluarkan adalah ditujukan kepada semua parti politik. jadi ia tidak bertujuan untuk menyelamatkan sesiapa.

Tanpa Nama berkata...

1malaysia adalah untuk semua rakyat malaysia. jika dilihat logo 1malaysia berdasar corak bendera Malaysia.

Unknown berkata...

Biarlah, yang penting rakyat undi calon yang terbaik.

Unknown berkata...

Janganlah macam tu, tindakan tersebut dapat dibaca oleh semua orang, lalu hanya memburukkan imej parti sendiri juga.

Unknown berkata...

Polis dan SPR tidak akan berat sebelah. Tapi tolonglah kawal orang sendiri supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

Paquin berkata...

Janganlah terlalu cepat curiga... K/kala setiap yang berlaku pasti ada sebab munasabah.

Paquin berkata...

Apapun biarlah rakyat yang buat penilaian sendiri. Lagipun akhirnya nanti, undi rakyat yang akan tentukan siapa yang akan menang:)

Antanum berkata...

Cuma Kebetulan, dan cara polis itu telah menyebabkan mereka berpendapat, polis dan SPR berat sebelah. Tapi saya rasa keadaan tidak la seteruk yang disangkakan.

Antanum berkata...

Sikap yang berprasangka buruk terhadap orang lain harus diketepikan. Jika tidak, situasi seperti ini lah yang berlaku. Semua perbuatan, disangka kan buruk.

Tanpa Nama berkata...

PAS patut jelaskan apa persamaan Pilihanraya dengan Perayaan.. dan jelaskan juga adakah hanya dengan membayar cukai jalan bermakna semua pengguna jalan raya boleh melakukan apa sahaja dijalan raya sesuka hati??

Tanpa Nama berkata...

pertikaikan dulu kelemahan diri sendiri sebelum mempertikaikan keadaan sekeliling. akui kelemahan dan terima kekalahan..