Dataran Merdeka;
sebuah kawasan lapang yang menggabungkan komposisi beberapa struktur
bersejarah dan signifikan dalam lembah kota raya Kuala Lumpur
termasuklah Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kelab Di Raja Selangor, tiang
bendera Jalur Gemilang tertinggi, dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Dataran ini merupakan tempat pertama laungan "Merdeka" dirakamkan di
tengah ibu kota Kuala Lumpur pada jam 12 malam 31 Ogos 1957 dahulu.
Akhirnya, pada 14 April 2012, dalam suasana tenang bercampur cemas
apabila tarikh BERSIH 3.0 hanya tinggal kira-kira 14 hari sahaja lagi,
dataran bersejarah ini meyaksi dan merakamkan sekali lagi proses sejarah
yang saya kira dalam tempoh 10 tahun dari sekarang, akan dikenang
sebagai titik penting perubahan dan kebangkitan semula golongan muda dan
terpelajar di Negara ini.
1974,
ribuan siswa mengambil dan memenuhi ruang yang sama demi menuntut
pembelaan terhadap kemiskinan dan penindasan rakyat bawahan dari utara
tanah air; hari ini, dataran yang sama sekali lagi merakam semangat dan
iltizam jiwa-jiwa muda yang menggenggam kuat hak dan kebebasan mereka.
Selepas hampir 40 tahun, Negara ini suram dari jeritan dan laungan
kemarahan anak-anak siswa yang berjiwa besar dan berminda sedar; hari
ini, suara anak-anak siswa ini kembali bergema di segenap ruang dalam
lembah kota moden Kuala Lumpur, khususnya di Dataran Merdeka. Himpitan
sistem pendidikan yang teruk dan memalukan, pengabaian kebajikan, sikap
lepas tangan kerajaan, dan tentu sekali manipulasi orang-orang kaya
pemodal terhadap anak-anak siswa ini membuatkan mereka dengan berani
untuk terus bangun, bangkit, menggenggam penumbuk ke udara, dan: lawan.
Saya
tidak perlu mengulas mengenai isu dan tuntutan anak-anak siswa ini,
sudah hampir habis hujah diperdebatkan di segenap pelusuk (ironinya,
kecuali di kampus!), sebaliknya yang harus dan wajib saya rakamkan
kembali di sini untuk kita kenang adalah 312 jam Dataran Merdeka
ditawan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Negara kita, sebuah protes
berlangsung untuk sebuah tempoh yang sangat lama; 13 hari, namun
semangat anak-anak siswa ini membuktikan tiada yang mustahil apabila
kesedaran dan kemampuan untuk mereka menyelak kebenaran dizahirkan.
Seluruh Negara gempar! Dengan hanya membariskan lebih kurang 30 ke 40 orang sahaja anak-anak siswa dan pemuda-pemuda dari pelbagai kumpulan, eksperimentasi mereka berjaya. Mereka berjaya membuktikan, bilangan yang sedikit tidak menghalang mereka menyampaikan mesej perubahan ke seluruh Negara. Mereka juga membuktikan, pendidikan mampu diberi percuma apabila setiap hari mereka berkuliah di tengah-tengah kem protes. Mereka turut berjaya buktikan, seperti juga jalan raya, Dataran Merdeka yang terkenal selama ini sebagai pusat tumpuan untuk remaja-remaja melepak dan pasangan-pasangan muda memadu kasih, berjaya dimurnikan menjadi sebuah lagi "universiti".

Malah,
tanpa disangka, di Dataran Merdeka itu juga mereka berjaya menjadikan
budaya protes dan bersuara bukan lagi hanya mampu berlaku sejam dua.
Penghuni-penghuni Dataran itu telah turut berjaya menjadikan protes
sebagai hobi dan trend yang baru. Setiap malam, ribuan warga kota
datang berkunjung tanda solidariti. Setiap malam, ribuan warga kota
mampu tersenyum puas melihat kegigihan anak-anak ini mendesak perubahan
untuk masa depan generasi yang akan datang. Dataran ini yang pernah
menjadi simbol harapan, kemerdekaan dan pembebasan rakyat, sekali lagi
berjaya mengembalikan roh asal sesuai dengan namanya.
Insiden-insiden
serangan, tangkapan, keganasan, dan seribu satu ujian dan halangan
tidak memadamkan unggun semangat para demonstran dan "occupiers".
Sakit dan cedera yang ditanggung anak-anak ini dikongsi bersama.
Semangat dan kegigihan mereka dirasai bersama semua yang meletak harapan
tinggi terhadap kebangkitan anak-anak muda ini. Pihak berkuasa dan
upahan-upahan rejim hanya menempah penat apabila berdepan dengan
mereka. Sekali dataran itu ditawan, tidak mungkin mereka akan
berundur. Apabila BERSIH 3.0 semakin hampir, ramai bertanya di mana
anak-anak muda akan berada? Hari ini, tanpa perlu menunggu lama, mereka
sudah pun menjawab persoalan itu. Apabila anak-anak muda ini suatu
ketika dulu berjanji untuk menjadi barisan hadapan dalam perjuangan
rakyat, mereka bukan setakat mengambil tempat paling hadapan dalam
rantaian demosntran, sebaliknya dengan lebih radikal lagi, membuka dan
menawan Dataran Merdeka agar 28 April nanti, semua rakyat mampu
menembusi dataran tersebut.
312
jam Dataran Merdeka ditawan, hanya tinggal 24 jam sahaja lagi sebelum
ratusan ribu lagi rakyat Malaysia menawan dataran yang sama. Apabila
dikenang dan difikirkan, setiap detik dan saat yang berlalu di Dataran
Merdeka itu tidak ubah lagi seperti medan perang. Sebelum menawan
sebuah kawasan, pasukan terbaik dihantar untuk membuka jalan bagi yang
lain untuk mampu menyerang bersama. Pasukan terbaik ini adalah pasukan
yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa sekalipun untuk memastikan
misi mereka berjaya dan rakan-rakan lain dalam angkatan perang yang
sama mampu menembusi kawasan lawan. Andai pasukan hadapan yang terbaik
ini gugur dan gagal, maka pasukan besar selebihnya juga bakal gagal.
Hari ini, pertaruhan dan kira-kira samada lasykar kuning BERSIH 3.0
berjaya menembusi Dataran Merdeka ataupun tidak terletak sepenuhnya
kepada pasukan anak-anak siswa berjiwa besar ini. Setiap hari mereka
berhujan dan berpanas, bermandi peluh dan embun menantikan ketibaan
rakan-rakan lain. Mereka bukan sahaja lagi menggenggam hak mereka
sendiri, sebaliknya juga mereka turut mempertaruhkan segala-galanya demi
rakyat lain.
Jauh
di benak hati anak-anak ini, setelah sekian lama bergelut, bertempur,
dan bertahan; mereka sentiasa memandang ke arah jalan raya dan
menantikan ketibaan lasykar-lasykar kuning yang lain. Penuh sabar,
mereka menantikan hari perjanjian 28 April ini. Realitinya, mereka
bukan sahaja menghidupkan harapan dan janji kepada rakyat, sebaliknya
juga, mereka hidup berpautkan janji dan harapan rakyat terhadap mereka.
Hari ini, anak-anak ini sudah pun menunggu selama 312 jam. Anak-anak ini sudah pun berjuang sejak 14 April, maka wajib bagi kita untuk kembalikan semangat dan hidupkan kembali roh mereka pada 28 April ini. Jika dahulu, rakyat menunggu ketibaan anak-anak muda, hari ini, anak-anak muda ini sedang menunggu ketibaan rakyat. Sabarlah anak-anak pejuang, tinggal 24 jam sahaja lagi.
*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan