HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2012

TIBAI ikrar berhimpun di negeri Pakatan

KL TODAY


Mursyidul Am TIBAI (Gerakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Zahid Md Arip menegaskan, beliau kemungkinan bercadang untuk membuat perhimpunan besar-besaran di negeri-negeri pakatan rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.Tujuannya untuk menyatakan rasa tidak puashati terhadap kerjajaan negeri-negeri tersebut supaya melunaskan janji sepertimana yang Anwar janjikan kepada rakyat sewaktu kempen PRU12 dulu.

“Walaupun Tibai ini tidak kena mengena dengan Umno tapi Tibai berkhidmat untuk rakyat yang teraniaya akibat termakan ‘gula-gula’ Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, ditanya apakah keputusannya untuk mengetuai Tibai dan menggunakan gelaran ‘mursyidul am’ yang selama ini hanya digunakan oleh PAS telah menyebabkan beliau dihujani dengan kritikan dan kecaman yang menggunung daripada pihak pembangkang, Zahid menjawab..,

“Jangan kata menggunung malah bergunung-gunung kecaman yang saya terima tetapi ia tidak sedikit pun mengugat tidur saya, malah ada orang yang tidak tidur lena sejak Tibai diwujudkan.”

“Tidur saya nyenyak…sedikit pun tak terjejas kerana saya bukan baru dalam politik. Saya dah biasa dengan asam garam dalam kehidupan berpolitik. Saya boleh terima ini semua dengan dada yang lapang,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong pembangkang kerana tulisan dan kecaman mereka telah memberi publisiti kepada Tibai sehingga mendapat perhatian umum.

Tiada ulasan: