Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya
KELAB GREENBOC
Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.
Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.
Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.
"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.
"Mereka tidak kisah."
Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. - Reauters/mk
Ulasan GB
Sehari sebelum Perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu pada 27 April, GB sudah mengingatkan pihak polis bahawa BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0.
Ia menjadi kenyataan! Polis tidak belajar dari kesalahan masa lalu, meneruskan tindakan zalim dan kejamnya terhadap rakyat, terhadap peserta BERSIH 3.0.
Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN.
Itu sunnatullah.
Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman...
Semalam juga GB telah menulis satu entri di blog ini: [Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo
Video ini adalah salah satu bukti nyata kekejaman itu. Seorang peserta BERSIH yang tidak melawan, dibelasah, di tendang dan diterajang oleh beberapa anggota polis yang sempat dirakam oleh seorang peserta lain yang bersembunyi di dalam bangunan tingkat atas.
Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan