HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2012

Ada bukti kukuh Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno – Saifuddin

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ahli Umno.

Beliau yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno turut mencabar mereka menafikannya.

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” katanya, lapor Sinar Harian.com hari ini.

Menurut Saifuddin, jika mereka enggan menafikannya, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” kata Saifuddin lagi.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya dipetik.

Tiada ulasan: