Harakahdaily, |
Sila refresh untuk mendapatkan laporan terkini.
MAKLUMAN: 2 orang budak terpisah dari keluarga kini berada di Pejabat Agung PAS. Mohd Amir Mohd Razi (darjah 4) datang dengan emak terpisah di masjid, manakala Mohd Afis dari Rawang terpisah dengan abangnya, Mohd Izwan.
5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo.
4.56 pm: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata.
4.48 pm: Anggota FRU mula berkumpul di hadapan bangunan Maju Junction bagi menghalang orang ramai terus berhimpun di sepanjang Jalan TAR. Ketika ini ramai peserta berhimpun di persimpangan Jalan Sultan Ismail yang terhalang untuk bergerak ke tempat lain kerana stesen LRT ditutup.
4.35 pm: Pertama Kompleks - Peserta himpunan dipukul oleh pihak polis, dianggarkan lebih kurang 15 orang polis terlibat, sementara itu wartawan bernama ditendang pihak polis kerana mengambil gambar.
4.30 pm: Polis mula membuat tangkapan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Mereka mengkhususkan kepada mereka yang memakai baju berwarna kuning.
4.25 pm: Hampir 30 orang yg ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman sedang dikumpulkan dihadapan pintu masuk ke bangunan DBKL.
4.10 pm: Sebahagian kumpulan peserta yang terpecah kini berkumpul berhampiran stesen KTM Bandaraya.
4.05 pm: Lagi tembakan gas pemedih mata di Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan KWSP. 6 buah trak FRU termasuk water canon ditempatkan di sini.
3.59 pm: Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan.
Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis.
3.40 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.
Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.
3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.
3 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL. Difahamkan ketika itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru memulakan ucapan.
2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan