HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2012

Khalid Samad: Penjawat Awam Mesti Merdekakan Jiwa Dari Umno-BN



SHAH ALAM: Penjawat awam disaran supaya setia kepada negara dan kerajaan bukan atas dasar parti yang sedang berkuasa dan tidak perlu takut untuk melaksanakan agenda perubahan.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, tidak menjadi masalah sekiranya kakitangan kerajaan menegur atau menolak pemimpin Umno-BN pada pilihanraya akan datang sekiranya mereka melihat sendiri penyelewengan yang berlaku.

“Mungkin kakitangan kerajaan berasa dalam keadaan sedikit dilema sama ada mereka adalah sepatutunya setia kepada kerajaan atau kepada agenda perubahan.

“Oleh kerana dengan segala latihan seperti BTN (Biro Tata Negara) dan sebagainya, mereka tidak dapat bezakan antara (jentera) kerajaan dengan Umno-BN,” katanya di dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.

Tambah Khalid, sebagai orang yang terdedah dan melihat sendiri salahguna kuasa seperti pendedahan dari sumber dalaman Kastam berkaitan cincin bernilai RM24 juta, mereka disaran agar tidak mengambil sikap bersubahat.

Jelas beliau, kekeliruan yang membelengu sesetangah penjawat awam kerana belum belaku perubahan tampuk pemerintahan di peringkat persekutuan dan mereka masih keliru diantara kerajaan dan parti pemerintah.

Dalam pada itu, orang Melayu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh Umno-BN supaya tidak menyokong Pakatan Rakyat yang membangkitkan penipuan di dalam daftar pemilih.

Menurutnya, kuasa orang Melayu dalam pentadbiran masih kekal sekiranya Pakatan menerajui kerajaan.
“Ianya tidak ada kena mengena mengenai survival menyelamatkan politik orang Melayu tetapi untuk menyelamatkan Umno.

“Kedudukan orang Melayu tetap sama cuma bezanya adalah jenis orang Melayu yang memerintah,” katanya.

Tiada ulasan: