HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 April 2012

PERKASA seru Melayu tak sertai BERSIH

 
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyeru orang Melayu Islam di negara ini agar tidak turun ke perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka esok.

"Jangan jadi pak turut kepada pihak-pihak yang menghuru-harakan negara dan tidak tahu berterima kasih," kata Timbalan Pengerusi PERKASA, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Menurutnya, PERKASA mengambil pendirian sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa umat Islam mengelak menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.

"Kita awal-awal lagi tolak dan tentang mereka yang sokong BERSIH," katanya.

Ahli-ahli PERKASA juga katanya tidak akan turun menyanggah himpunan BERSIH kerana menghormati arahan mahkamah dan pihak berkuasa yang menutup Dataran Merdeka.

"Kita akur pada arahan. Kita dapat arahan mahkamah yang tidak membenarkan untuk turut serta," kata Rahman.

Langkah itu berbeza sekali dengan perhimpunan sebelum ini apabila PERKASA berjanji akan menurunkan 15,000 ahlinya bagi menentang himpunan BERSIH pada 9 Julai 2011.

Bagaimanapun hanya kira-kira 300 sahaja anggotanya yang berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada hari itu dengan alasan mengelak daripada berlaku pertembungan antara orang Melayu.

Tiada ulasan: