Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.
Katanya, kerajaan menyediakan ruang yang luas bagi mendengar sebarang bantahan atau pendapat rakyat.
"Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menasihatkan penyokongnya menggunakan saluran yang betul dan bukannya menggunakan demonstrasi jalanan.
"Sebenarnya, kerajaan telah banyak mendengar suara pembangkang dalam pelaksanaan pilihan raya. Mereka tidak perlu berdemonstrasi yang mana boleh menyebabkan kacau-bilau," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sekolah Kebangsaan Machang 2 di sini, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan tidak menghalang perhimpunan aman namun perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk lokasi yang ditetapkan oleh polis.
Sebelum sebuah web portal pembangkang pada laporannya Selasa lalu menyiarkan seruan Nik Abdul Aziz supaya seluruh rakyat hadir pada perhimpunan Bersih 3.0 dengan menyatakan kehadiran majlis itu adalah wajib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan