3.13 petang: Sebahagian peserta berkumpul semula di kawasan Kompleks Sogo. Berarak semuka ke ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
3.11 petang: Anwar dilaporkan melepasi sekatan polis dari arah Jalan Raja Laut. Polis bergerak ke arah kumpulan yang datang dari arah Masjid Negara.
3 petang: Peserta rempuh masuk sekatan, FRU bertindak - gas dan air pemedih mata dilepaskan. Peserta pula bertindak baling batu ke arah polis. Seorang peserta ditahan dan digari.
2.55 petang: Peserta dan penyokong Bersih merempuh, polis berundur. Pasukan FRU mengambil alih kedudukan.
2.55 petang: Anwar, Ambiga, Azizah, Nurul Izzah dan Kit Siang serta Mazlan Aliman tiba berhampiran Dataran Merdeka, tengah-tengah penyokong, dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
2.44 petang: Mat Sabu mula bergerak ke arah Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Perak.
2.30 petang: Azmin berucap, kata rundingan sedang dijalankan dengan polis untuk bagi mereka masuk dataran, dan minta peserta bertenang dan duduk di jalan raya.
2.25 petang: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu arah peserta himpun duduk, di simpang jalan. Tetapi peserta terus berarak. Mat Sabu duduk dan diikuti para peserta Bersih. Mereka melaungkan duduk itu 'bersih, berdiri itu kotor'. Mat Sabu berdiri untuk berubap. Mat Sabu kata Himpunan Bersih 3.0 diadakan di Dubai, London, dan sedang berlangsung di Bangkok, Thailand dan Sydney, Australia. Esok tengah hari di Amerika Syarikat.
2.15 petang: Peserta cuba untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.
2.08 petang: Penyokong-penyokong di kawasan berhampiran membuat laungan "We Want Dataran".
2 petang: Dari Pasar Seni, ribuan sertai perarakan ke arah Masjid Jamek yang disertai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang
2 petang: Anwar sudah sampai di kawasan Masjid Jamek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan