HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2012

Bendera Bersih di puncak Everest

KL TODAY

 


Bendera Bersih 3.0 berjaya dipacak di puncak Gunung Everest beberapa jam sebelum Kuala Lumpur ‘dikuningkan’ dalam Himpunan Duduk Bantah esok.Momen yang dimuatnaik oleh portal Bersih hari ini memaparkan kejayaan dua pendaki mengibar bendera ‘Bersih 3.0 Mendaki Bantah Puncak Everest’. Turut dibawa bersama, bendera Malaysia.

Sekumpulan penyokong itu bergerak mulai 16 April lalu dan berbuat demikian kerana tidak dapat menyertai himpunan Bersih kali ini.

Ia sebagai tanda sokongan mereka bertujuan menunjukkan kepada dunia betapa sistem pilihan raya di Malaysia tidak bersih.

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH – gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil – berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.

Tiada ulasan: