HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2012

Putrajaya tarik balik pertukaran saham MAS-AirAsia, kekal badan kerjasama.


KUALA LUMPUR — Putrajaya telah memutuskan untuk tidak meneruskan penggabungan sembilan bulan antara Malaysia Airlines-AirAsia pada Rabu depan kerana ia gagal menunjukkan peningkatan moral 20,000 kakitangan syarikat penerbangan yang telah mengalami kerugian bernilai RM2.52 bilion pada 2011, menurut sumber.

Bagaimanapun, persetujuan kerjasamasa dijangka akan diteruskan.

The Malaysian Insider difahamkan saham kedua-dua syarikat penerbangan negara itu akan digantung Isnin depan, dengan pengumuman pada Rabu. Selasa adalah cuti umum kerana Hari Buruh.

“Perjanjian itu akan didedahkan minggu hadapan. Itu adalah penamatnya,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, mengesahkan khabar angin sejak beberapa bulan lalu antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Menurut sumber berkenaan, Pengurus Aset Negeri Khazanah Nasional Berhad akan mengambil semula 20.5 peratus saham daripada Malaysia Airlines (MAS), pertukaran dengan Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, dengan kadar 10 peratus bagi syarikat tambang murah berkenaan.

Saham perkongsian kedua-dua syarikat itu menurun sejak perjanjian tersebut dibuat tahun lalu. AirAsia ditutup sesen di bawah pada RM3.37 sesaham semalam, sedangkan MAS turun turun sesen pada kadar RM1.24sesaham.

Apabila persetujuan itu diumumkan 9 Ogos lalu, AirAsia didagangkan pada RM3.95 sesaham, dan MAS pada RM1.60.

The Malaysian Insider pada 9 Mac bahawa Purajaya akan menyemak semula perjanjian selepas Kesatuan Sekerja MAS (Maseu) mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan perkara itu, yang mana akan memufliskan MAS untuk operasi jangka masa panjang dan pendek.

MAS turut menjalankan syarikat penerbangan komuniti, Firefly dan MASwings untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, MAS telah menghapuskan cadangan untuk rancangan jangka pendek, menimbulkan kecurigaan terhadap transformasi perniagaan yang diumumkan Disember lalu sebagai sebahagian rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) antara kedua-duanya.

CCF dan pertukaran saham mendapat tentangan daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ekoran kebimbangan terhadap monopoli domestik.

“Saya tidak boleh membuat sebarang pengumuman ... kami masih lagi menyiasat (perjanjian pertukara saham). Bila tiba masanya, kami akan dedahkan,” kata Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob baru-baru ini.

Namun sumber lain berkata, CCF antara kedua-dua syarikat itu akan diteruskan kerana Malaysia sentiasa bersaing dengan syarikat penerbangan lain apabila Polisi Langit Terbuka Asean dijalankan pada 2015. Polisi itu akan menyaksikan peningkatan persaingan dengan syarikat persaingan antara 10 bandaraya utama Asean.

“CCf akan kekal. Kedua-dua syarikay akan bekerjasama walaupun tidak mempunyai pemegang saham yang sama,” tambah sumber.

Khazanah dan Tune Air bersetuju untuk menukar saham pada Ogos lalu, selepas cubaan empat kali sebelumnya gagal antara MAS dan AirAsia, sejak sedekad lalu apabila Tan Sri Tony Fernandes dan rakannya membeli dua pesawat operasi dan hutangnya RM1.

Bank CIMB, milik Khazanah, menasihatkan kedua-duanya, dilihat cubaan terakhir untuk menyelamatkan MAS walaupun sebelum ini menjalani program pemulihan pada 2001 yang dijalankan oleh firma penasihat BinaFikir Sdn Bhd.

MAS mempunyai lebih 20,000 kakitangan walaupun bekas MD Datuk Seri Idris Jala telah mengurangkan kadarnya kepada 17,000 apabila beliau meninggalkan syarikat itu pada 2009.

Penganalisis industri berkata, syarikat itu boleh bertahan dengan satu per tiga kakitangannya, lebih-lebih lagi dengan menamatkan perjalanan ke beberapa laluan sejak enam bulan lalu.

Membuang kakitangan mungkin akan meningkatkan kos, namun ia dilihat sebagai liabiliti politik kepada Selangor, apabila MAS mempunyai operasinya di negeri tersebut, dan Najib mahu menawan kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Keseluruhan syarikat itu menunjukkan kerugian RM1.28 bilion bagi suku keempat tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan bagi 2011 adalah RM2.52 bilion.

MAS, bagaimanapun menunjukkan peningkatam keuntungan dalam pendapatan kumpulam, meningkat dua peratus daripada tahun sebelumnya kepada RM13.9 bilion kepada 2011.

Syarikat itu mengalami kerugian berikutan peningkatan harga bahan mentah, yang meningkat daripada US$95 setong pada 2010 kepada US$133 setong pada 2011.

Antara faktor lain adalah peruntukan tambahan seperti penghantaran semula pesawat dan stok usang.

MAS berharap dapat mengumumkan pelannya untuk meningkatkan dana dan mengukuhkan syarikat itu Mei ini. Ini adalah tindakan penting kerana syarikat berkenaan bercadang mengambil 23 pesawat baru tahun ini yang menelan belanja RM6 bilion.

Tiada ulasan: