Pergerakan
Puteri UMNO mencabar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
mengemukakan saman fitnah kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung
isu video seks membabitkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua
Puteri UMNO, Rosnah Shirlan Rashid berkata, jika benar Nurul Izzah yakin
bapanya tidak bersalah atau terbabit dalam video berkenaan, beliau
seharusnya berani bertindak demikian bukannya hanya membuat kenyataan
sahaja.
“Puteri
UMNO percaya sudah tiba masanya untuk Nurul Izzah menghentikan
lakonannya untuk membela bapanya, saya yakin dia tidak berani untuk
bertindak sebegitu kerana khuatir lebih banyak cerita lain yang akan
terbongkar.
“Tindakan
Nurul Izzah menafikan isu hubungan sulit antara bapanya dan Shamsidar
Taharin diperkatakan boleh menimbulkan tanda tanya, mengapa baru
sekarang dia bersuara selepas hampir sebulan perkara itu,” katanya dalam
kenyataan kepada media di sini.
Menurutnya,
Puteri UMNO juga ingin mendesak Nurul Izzah supaya membuat kenyataan
umum bagi menafikan perkara dengan mengatakan pendedahan yang dibuat
oleh Datuk Eskay sebagai tidak benar dan bohong.
“Saya nak
minta Nurul Izzah buat kenyataan umum yang mengatakan Datuk Eskay
(gambar) itu seorang pembohong jika dia ingin menegakkan kebenaran
bahawa bapanya tidak bersalah.
“Adakah
tindakannya mempertahankan bapanya dan Shamsidar kerana didesak atau
dipaksa oleh Azmin Ali iaitu suami kepada Shamsidar dan sudah mendapat
persetujuan daripada ibunya terlebih dahulu,” katanya.
Rosnah berkata, sebagai sebagai seorang anak, jika beliau yakin bapanya tidak bersalah, tindakan mempertahankan Anwar akan dibuat sepantas mungkin kerana perkara itu membabitkan maruah seluruh ahli keluarganya.
Puteri
UMNO amat tertarik dengan tindakan dan lakonan politik Nurul Izzah dan
berharap perkara itu hanya sekerat jalan kerana rakyat ingin tahu cerita
sebenar terutama daripada Anwar sendiri bukannya sekadar penafian
sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan