HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 April 2012

'Pekida WP tak arah perhimpunan balas BERSIH'

 
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk melancarkan perhimpunan balas ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan berlangsung esok.

roslan dahaman pekida wilayahPengerusinya, Datuk Roslan Dahaman (kiri) berkata setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana pihak dari kumpulan itu yang mahu membuat perhimpunan balas.

"Kita pantau budak-budak kita. Kita tak boleh halang (untuk bantah)... Kalau nak pergi, (jadi apa-apa), jangan salahkan orang lain.

"Kita tak boleh nak sekat. Orang kita banyak. Jaga nama pertubuhan (supaya tidak busuk)... Nanti orang akan kata Pekida, pakai minyak wangi apa pun, orang kata busuk," kata Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Pekida Bandar Tun Razak mahu melancarkan perhimpunan balas terhadap BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka esok, Roslan berkata beliau tidak mendengar apa-apa mengenainya.

Kelmarin, portal berita itu memetik Datuk Ahmad Bastari Muslim sebagai memberi amaran bahawa ahli Pekida akan turun menentang perhimpunan itu.

Mengulas lanjut, Roslan juga berkata, bukan sahaja Pekida membantah tindakan gabungan itu yang mahu berhimpun 'duduk bantah', bahkan banyak lagi NGO yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.

"Biar undang-undang yang akan menentukan. Mengapa kita mahu lebih daripada undang-undang... Kita memang tak suka (perhimpunan itu).

Katanya, perhimpunan pertama dan kedua telahpun diadakan, "mengapa kali ketiga nak diadakan, susah orang nak berniaga (di Kuala Lumpur)".

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa termasuk kementerian dalam negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penganjur BERSIH 3.0

Tiada ulasan: