SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai 56 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini mengangkat sumpah sebelum
bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu, di
sini.
Majlis angkat sumpah menyaksikan pelantikan Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan sebagai Speaker Dun Selangor diikuti Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Timbalan Speaker.
Hannah menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai Speaker Dun.
Sidang Dun Selangor bagi penggal ke-13 kali ini agak unik apabila kedua-dua jawatan tertinggi itu didominasi oleh golongan muda.
Kesemua Adun Selangor mengangkat sumpah di hadapan Speaker dan Timbalan Speaker Dun Selangor yang baru dilantik hari ini.
Majlis angkat sumpah dimulai dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diikuti 10 anggota Exco dan Adun yang lain.
Menurut Hannah, mesyuarat pertama persidangan penggal pertama Dun Selangor kali ke-13 dihadiri oleh semua Adun Selangor sama ada dari PR mahupun BN.
Pada PRU13 baru-baru ini, PR kekal meneraju Selangor selepas memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun yang dipertandingkan, sementara bilangan kerusi BN pula semakin menyusut daripada 20 pada penggal lalu kepada 12 pada penggal kali ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan