Ketua
umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong
pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang
didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Anwar
mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15
Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat hari ini.
Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi
memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
Anwar
berkata sekratariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada
perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan