Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam majlis perasmian sidang
Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.
"Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.
"Kalau faham perlembagaan, ucapan pidato Tuanku Agong untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara.
Timbalan speaker: Ucapan ini dari istana
Selain itu, Anwar berkata lagi, berdasarkan konvensyen demokrasi, menjadi amalan biasa bagi setiap titah Agong untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.
"Dalam semua konvensyen demokrasi, ucapan yang dicadangkan oleh PM adalah untuk berdebat di Dewan Rakyat. Ia adalah amalan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa dalam perlembagaan, sebagai pemerintah, Agong akan melaksanakan tugasnya di atas nasihat perdana menteri.
"Ucapan ini datang dari istana tetapi nasihat perdana menteri boleh diambil dari pelbagai cara," katanya.
Wan Junaidi juga bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada titah Tuanku itu daripada pejabat perdana menteri.
Katanya, dalam titah baginda, Tuanku masih mempunyai budi bicaranya sendiri ketika membaca titah tersebut dan hanya menerima nasihat daripada ketua eksekutif.
79 ulasan:
Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menafikan dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengatakan titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), yang menyeru semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun, Wan Junaidi sebaliknya berkata kerajaan hanya sekadar menasihati Tuanku dalam menyediakan ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang ke-13 hari ini.
"Ya, ucapan Tuanku hanya dibuat atas nasihat oleh kerajaan tetapi baginda masih mempunyai budi bicara tersendiri dalam titahnya," kata Wan Junaidi apabila ditanya tentang dakwaan pemimpin PR selepas berakhir ucapan Tuanku pagi ini.
Beliau turut menafikan teks ucapan Tuanku disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri tetapi sebaliknya bertegas ia datang daripada pihak Istana dan nasihat daripada kerajaan boleh datang daripada pelbagai bentuk.
"Teks ucapan bukan daripada Pejabat Perdana Menteri tapi dari Istana... Nasihat daripada kerajaan boleh datang daripada pelbagai bentuk," tambahya lagi.
Pagi ini, Tuanku bertitah supaya semua pihak menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu di Dewan Rakyat hari ini.
Selepas pilihan raya 5 Mei lalu, PR enggan mengiktiraf keputusan tersebut dengan mendakwa berlaku penipuan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen, malahan turut mendesak pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.
Tuanku bertitah pilihan raya lalu telah berjalan dengan proses demokratik dan menggesa semua ahli-ahli Parlimen yang baru supaya bekerja untuk rakyat bagi memastikan matlamat negara maju 2020 dapat tercapai.
"Beta menyeru semua pihak menerima dan menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah diadakan mengikut lunas sistem demokrasi dan seterusnya bekerjasama serta berganding bagi membolehkan negara melangkah ke depan untuk mencapai matlamat negara maju," kata Yang Di Pertuan Agong.
Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.

Lihat sendiri bagaimana Anwar cakap berdegar-degar tapi last-last dia tetap Angkat Sumpah Parlimen tempohari. Memang muka tak tahu malu. Pelik sungguh sebab puak-puak Blackout mcam tak paham mereka 'dihanjingkan' Anwar.
Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak sependapat ketika memberikan reaksi berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai 'skrip' yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Dakwa Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, titah Seri Paduka sebenarnya telah disediakan oleh BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.
Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri Paduka dalam perkara ini?.
BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.
Kamu (media arus perdana) terima hakikat ini dahulu, kemudian baharu dapatkan komen kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.
Pada 6 Mei lalu, DAP khususnya Guan Eng terus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah 'yang paling kotor' dalam sejarah negara dan mereka seharusnya layak membentuk kerajaan baharu berdasarkan undi popular.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.
Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan katanya.
Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan katanya.
Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil, katanya lagi.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebelum ini bertitah menyeru rakyat supaya membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan.

Seri Paduka bertitah masyarakat sebaliknya perlu mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan.Bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13 di sini, Seri Paduka turut berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diselewengkan untuk kepentingan mana-mana pihak hingga memesongkan akidah umat Islam.
Kerajaan Beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, titah Seri Paduka. Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota parlimen yang lain. Titah Tuanku Abdul Halim turut menyentuh aspek ketenteraman awam dan keselamatan negara yang menurut Seri Paduka tetap menjadi keutamaan kerajaan.
Kerajaan Beta akan terus berusaha untuk memperbetulkan jurang antara persepsi dan hakikat tahap keselamatan di negara ini, titah ketua negara itu. Seri Paduka turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara dalam insiden serangan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac lepas.Jasa, khidmat bakti dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan orang awam serta semua pihak yang terlibat dalam memelihara keselamatan di timur Sabah amat dihargai dan disanjung tinggi, titah Seri Paduka.
Selain itu, titah Seri Paduka turut berkisar kepada pencapaian ekonomi, isu-isu pendidikan, pelancongan, belia dan wanita serta inisiatif pencegahan rasuah dan komitmen negara di persada antarabangsa. Seri Paduka menarik perhatian bahawa pencapaian ekonomi negara di peringkat global telah meningkat dan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang paling berdaya saing dalam kalangan 30 negara dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kurang daripada US$20,000.

Selain itu, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia dan menduduki tangga ke-10 sebagai destinasi pilihan pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Asing 2012. Tahniah Beta ucapkan atas pencapaian cemerlang pada 2012. Beta berharap tahun ini negara akan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan antara lima peratus hingga enam peratus, titah Seri Paduka katanya.
Menurut Tuanku Abdul Halim, kerajaan akan terus berperanan sebagai pemudah cara dan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan peranan sector swasta memacu pertumbuhan ekonomi. Seri Paduka bertitah kerajaan juga akan terus menyedia dan membangunkan ekosistem yang lebih kondusif bagi pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai dan berteknologi tinggi serta mampu melonjakkan Malaysia sebagai sebagai negara pengeluar produk perkhidmatan yang inovatif dan kreatif.
Tuanku Abdul Halim bertitah usaha yang dilakukan kerajaan telah menarik pelaburan berjumlah RM49.3 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Seri Paduka turut menggesa rakyat untuk terus memberi sokongan kepada industri pelancongan terutama bagi program Tahun Melawat Malaysia 2014, dengan memupuk budaya dan amalan positif yang dapat memikat hati pelancong.
Selain itu, Tuanku Abdul Halim berharap penjawat awam meneruskan usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan berdasarkan tiga aspek iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat dan berintegriti, selain berfikiran kreatif, inovatif dan menekankan produktiviti.
Kesediaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada hari ini membuktikan mereka bukan saja seorang hipokrit malah tidak mempunyai pendirian dalam apa yang pernah diucapkan sebelum ini. Sambil menyifatkan tindakan tersebut memalukan diri sendiri Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad juga berkata pemimpin pembangkang lain terutama Anwar juga sebagai seorang pemimpin yang tidak berintergriti, sedangkan sebelum ini begitu lantang tidak menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, apabila menuduh sistem pilihan raya negara ini sebagai tidak betul.
Inikah sikap seorang pemimpin, pemimpin yang tidak mempunyai pendirian, boleh berubah dalam sekelip mata dalam keputusan yang dibuatnya, apakan orang seperti Anwar ini layak untuk menjadi seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. Pemimpin seperti ini hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu untuk melaksanakan apa yang dinyatakan, bercakap hanya untuk dapat sokongan, memang mudah untuk bercakap kerana tidak perlu mempunyai modal, tetapi sebagai seorang pemimpin, seharusnya ada pendirian dan prinsip dan hanya pandai bercakap tapi tidak mampu untuk mengotakannya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Anwar untuk hadir di majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, sedangkan sebelum ini dia mengesa supaya Ahli Parlimen memboikot majlis berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU ke 13. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh itu hanyalah lebih kepada sandiwara atau lakonan untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong dan bersamanya menyertai perhimpunan haram yang diadakan si seluruh negara sebagai tanda bantahan kepada keputusan PRU 13.
Itu semua adalah lakonan dan sandiwara Anwar untuk mengaburi rakyat, Anwar terpaksa menelan semula apa yang pernah dinyatakan apabila menyedari perancangan tidak mendapat sambutan, dan jangan terperanjat jika dia memberi pelbagai alasan terhadap apa yang dilakukan itu. Pembohongan sudah menjadi mainan kepada pembangkang dan Anwar, sebab itu mereka berani bertindak apa sahaja walaupun merubah pendirian yang dibuat sebelum ini, tindakan Anwar untuk hadir apabila menyedari ketidak hadirannya boleh menyebabkan kehilangan haknya sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Nawawi berkata, jika benar pembangkang tidak menerima keputusan pilihan raya, sudah pasti semua Ahli Parlimen pembangkang tidak akan hadir pada majlis berkenaan, tetapi dengan persediaan mereka menghadiri majlis itu maka mereka sudah terbukti menipu.

Selain itu juga, Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menyeru semua peringkat rakyat supaya meningkatkan semangat patriotisme yang cintakan negara.
Baginda bertitah semangat sedia berkorban demi negara perlu disemai dan disemarakkan sepanjang masa selain tidak melupakan jasa dan pengorbanan pahlawan negara.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berusaha dan berazam untuk terus menyumbangkan sesuatu yang berguna sesuai dengan bidang masing-masing dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda pada istiadat sambutan Hari Pahlawan 2012 di Dataran Merdeka.
Turut hadir pada masa itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Baginda bertitah rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga harus memelihara hubungan baik dan bersikap toleransi antara kaum selain menjaga sensitivity kaum.
“Beta berharap semua rakyat tanpa mengira keturunan, agama dan budaya bersatu padu dan hidup dalam rukun dan damai serta bersama membina negara.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berusaha serta berazam untuk terus menyumbangkan sesuatu yang berguna sesuai dengan bidang masing-masing dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah sejarah pembinaan dan kewujudan Malaysia amat berkait rapat serta seiring dengan sejarah kepahlawanan pejuang negara bermula dengan perjuangan penuh getir menentang tentera Jepun dalam era perang dunia kedua.
“Mengharungi perjuangan menentang pemberontakan komunis pada era darurat, menempuh cabaran pada era konfrontasi dan membanteras serta membersihkan perbatasan negara dari saki baki komunis adalah antara detik-detik penting dalam catatan negara,” titah baginda.
Baginda turut melahirkan rasa bangga dengan sumbangan bakti pasukan keselamatan di peringkat antarabangsa khususnya dalam melaksanakan tugas di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sejak tahun 1999 lagi Anwar dah mula tipu. Racun Arsenik apa cerita? Injection HIV dulu kata kena kenapa tak mati-mati lagi? 2004 kata sakit belakang yang teruk tapi boleh menari hindutan, boleh tunggang sampai jam omega hilang.
pasal 16 September 2008 yang mana sekarang dah habis sepenggal pun. Tetap tipu juga. Kali ini dia mulakan dengan bangla yang mereka upah dan ada yang tak wuud, cerita Blackout yang tak masuk akal dan membohong, now kes nak boikot angkat sumpah tapi hadir juga. Masih nak kena tipu?
Apapun kita akan siasat apa kata para reformis lama tentang Anwar dan pembohongan yang terbaru ini.
Permainan Anwar Ibrahim sememangnya licik. Putar belit dan kehebatan berpidato beliau diakui hingga dapat mengaburi penyokong-penyokong tanpa sedar.
Dari awal lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menghasut rakyat supaya memprotes kemenangan BN di dalam Pilihanraya ke 13 yang lalu dengan dakwaan penipuan, 40 ribu bangla, blackout dan segala bagai tohmahan yang sehingga hari ini tiada satu bukti pun dapat dikemukakan
Anwar Ibrahim dan permimpin-pemimpin PR menghasut dan mengheret penyokong-penyokong di jalanan kononnya untuk mendesak sehingga diadakan Pilihanraya semula.
Sokongan bangsa Cina kepada laungan Anwar ke jalanan membuatkan Anwar lupa diri. Anggapan sempit Anwar bahawa 100 peratus bangsa Cina berada dibelakangnya hinggakan mahu diboikot angkat sumpah. Namun, bangsa Cina bukan bodoh! Bangsa Cina kuat melaungkan tapi tidak berani berdepan. Mereka lebih sayangkan anak bangsa mereka sendiri. Mereka tidak mahu dipenjara kerana seorang pemimpin yang gila mahu menjadi Perdana Menteri.
Sorakan “SPR Syaitan” “SPR Penipu” dan “Reformasi” hanya menjadi retorik semata-mata.
Kain rentang yang tertulis “Dakwat kekal selamanya; kuasa rakyat lawan korupsi; I’m a man on a mission, so please resign; dan tipu pilihan raya. Rakyat bangkit humban kamu", hanya tinggal kain sahaja.
Penyokong-penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat bagai terjaga dari tidur apabila Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah jawatan semalam. Barulah mereka sedar telah ditipu selama ini. Apakan daya, Anwar Ibrahim bersedap-sedap, penyokong dapat gelang dan jeriji besi. Kesian...
kekalahan bagi Anwar kerana sebelum ini dia lah yang mendendangkan yang Najib akan jadi ketua pembangkang, kini ternyata segala cakap Anwar tak boleh pakai. 10 kata Anwar 12 tak boleh pakai.
Anwar Ibrahim yang juga AHli Parlimen Permatang Pauh akhirnya mengangkat sumpah. Tapi sebelum ini ANWAR siap buat jelalah bagai kata SPR tipu dan tidak menerima keputusan #PRU13 kan?
bermakna Anwar Ibrahim mengakui serta menerima YAB Najib Razak sebagai Perdana Menteri
Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan di Dewan Rakyat ketika mereka sendiri membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13. Hakikat itu jelas membuktikan mereka menerima keputusan PRU 13 dan akur kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Malangnya, ketika mereka menerima pakai kehendak lunas perlembagaan dengan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, kira-kira 200 pengikut mereka sanggup berguling dalam cuaca berjerebu di luar bangunan Parlimen.
Mereka adalah sebahagian daripada pengikut yang tertipu dengan sikap hipokrit dan sandiwara pemimpin mereka. Sabtu lepas mereka berhimpun di Padang Merbok jelas telah dimanipulasikan oleh golongan hipokrit demi mengejar cita-cita politik yang tidak kesampaian.
Apa yang berlaku di Dewan Rakyat membuktikan sistem yang kita guna pakai tidak meminggirkan sesiapa pun yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tinggal lagi, apabila tidak terpilih, jangan pula salahkan lantai kononnya tidak rata sehingga menyebabkan tarian sumbang.
Anwar pula kelentong banyak sangat sehingga para penyokong sanggup diperbodohkan
Anugerah sandiwara terhebat patut diberi kepada Anwar.
Bukan saja menjadikan pembohongan sebagai “makanan ruji” hariannya, kini Anwar Ibrahim yang baru saja ditabalkan DAP sebagai Ketua Pembangkang telah mengampuhkan lagi serangannya bagi melemahkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di negara kita.
Terbukti sikap derhaka dan “Si Kitul”nya apabila dengan biadap dia menyatakan pada media bahawa titah DYMM Yang DiPertuan Agong pada ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam disampaikan di dewan itu untuk dibahas dan bukannya arahan.
Sebelum ini, Anwar juga pernah menuduh DYMM Yang DiPertuan Agong seolah-olah menjadi boneka BN apabila baginda menitahkan sekalian rakyat supaya menerima keputusan PRU ke-13 dengan hati yang terbuka tanpa sebarang pertikaian.
Paling biadap, Anwar mendakwa bahawa teks titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan baginda hanya perlu membacanya di hadapan rakyat.
Mujurlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menafi dan menegaskan bahawa titah baginda itu datangnya dari Istana Negara dan tiada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri.
Pada saya, tuduhan dan pertikaian Anwar terhadap titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu adalah satu kenyataan biadap yang cuba “diimplan” Ketua Pembangkang itu dengan tujuan supaya rakyat membenci dan memandang rendah pada institusi Raja-Raja Melayu.
Baru sehari dia mengangkat sumpah di dewan yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, hari ini dia sudah berkurang ajar, derhaka pada baginda.
Untuk pengetahuan Anwar, DYMM Yang DiPertuan Agong itu sudah dua kali ditabalkan ke jawatan tertinggi negara itu dan saya yakin baginda belum pernah jumpa seorang Ahli Parlimen sebiadap seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
dukeofmontecristo » Utama
Siapa Anwar Untuk Pertikai Titah DiRaja?
June 26, 2013 · 7 Comments
Anwar sivaji the boss
Bukan saja menjadikan pembohongan sebagai “makanan ruji” hariannya, kini Anwar Ibrahim yang baru saja ditabalkan DAP sebagai Ketua Pembangkang telah mengampuhkan lagi serangannya bagi melemahkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di negara kita.
Terbukti sikap derhaka dan “Si Kitul”nya apabila dengan biadap dia menyatakan pada media bahawa titah DYMM Yang DiPertuan Agong pada ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam disampaikan di dewan itu untuk dibahas dan bukannya arahan.
“Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan. Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas,” – Anwar Ibrahim, 25 Jun 2013.
Sebelum ini, Anwar juga pernah menuduh DYMM Yang DiPertuan Agong seolah-olah menjadi boneka BN apabila baginda menitahkan sekalian rakyat supaya menerima keputusan PRU ke-13 dengan hati yang terbuka tanpa sebarang pertikaian.
Paling biadap, Anwar mendakwa bahawa teks titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan baginda hanya perlu membacanya di hadapan rakyat.
Mujurlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menafi dan menegaskan bahawa titah baginda itu datangnya dari Istana Negara dan tiada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri.
Pada saya, tuduhan dan pertikaian Anwar terhadap titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu adalah satu kenyataan biadap yang cuba “diimplan” Ketua Pembangkang itu dengan tujuan supaya rakyat membenci dan memandang rendah pada institusi Raja-Raja Melayu.
Baru sehari dia mengangkat sumpah di dewan yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, hari ini dia sudah berkurang ajar, derhaka pada baginda.
Untuk pengetahuan Anwar, DYMM Yang DiPertuan Agong itu sudah dua kali ditabalkan ke jawatan tertinggi negara itu dan saya yakin baginda belum pernah jumpa seorang Ahli Parlimen sebiadap seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Apakah Anwar fikir DYMM Yang DiPertuan Agong tidak punya kuasa untuk menolak sebarang usul dari Perdana Menteri?
Sekiranya Perdana Menteri senaraikan sejuta usul sekalipun pada DYMM Yang DiPertuan Agong, tetapi baginda enggan bertitah mengenai usul-usul tersebut, saya yakin ia tidak akan dititahkan di dalam Dewan Rakyat.
Tiada siapa pun yang dapat memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong bertitah mengikut telunjuk atau kemahuannya kerana baginda merupakan antara Raja-Raja Melayu yang berpengalaman dan bijak memikirkan masa depan Islam, bangsa dan negara.
Mungkin Anwar sengaja “menyerang” titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu kerana hatinya tersinggung dengan sindiran tajam yang mahu semua pihak menerima keputusan PRU ke-13 tanpa sebarang pertikaian.
Catat Ulasan