| Hambali Akram, |
|
Oleh hal yang demikian apabila media pro-Umno ini menyiarkan berita benar atau ucapan sebenar dari PAS, maka saya berpendapat bahawa pimpinan, ahli dan penyokong PR perlu berhati-hati. Apabila musuh bersikap lunak terhadap anda, dibimbangi ada udang di sebalik batu.
Salah satu contoh ialah dalam isu himpunan Blackout 505. Media pro-Umno menyiarkan kenyataan media dan ucapan pemimpin PAS yang menolak untuk menggulingkan kerajaan sekarang melalui demonstrasi jalan raya. Berita disiarkan tanpa tokok tambah dan kelihatan agak telus.
Namun, perlu diingat bahawa natijah berita ini untuk memperlihat suasana tidak sepakat antara kem pro-Anwar dan kem lain. Seolah-olah Anwar tidak mendapat sokongan yang padu menentang ketidakadilan Umno-BN dalam pilihan raya yang lepas. Secara perlahan berita sebegini akan mula membentuk kelompok yang berbeza dalam PR dan akhirnya memecah belahkan PR.
Oleh hal yang demikian saya menyeru kepada rakan-rakan dalam PR agar tidak mudah terpedaya dengan permainan persepsi pihak musuh, walaupun apa yang disiarkan oleh mereka itu benar lagi sahih. Hal ini kerana pihak Umno-BN tidak akan duduk diam selagi muafakat dalamPR tidak berjaya dirungkaikan. Apabila mereka berjaya menimbulkan rasa curiga dalam kalangan PR bermakna mereka telah menang. Berhati-hatilah jangan sampai masuk perangkap lawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan