Kes jenayah menjadi "tema" akhbar bahasa Cina baru-baru ini. Wanita dirogol ketika membeli kek dalam sebuah kedai di Kepong, pelanggan disimbah air najis ketika menjamu selera di gerai makanan, restoran dirompak, kes ragut berlaku di mana-mana... Kini, "Namakan tempat yang selamat di Malaysia" menjadi soalan cepumas yang paling mencabar.
Kereta dipecah cerminnya, rumah dipecah pintunya. Malah seorang rakan saya yang merancang untuk pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun mencari rezeki di luar negeri secara berseloroh bertanya, "Senjata mana yang lebih baik untuk saya setelah balik ke Malaysia, parang atau kapak?"
Jawapan rakannya di laman sosial Facebook mencuit hati. "Kalau tidak membawa apa-apa, paling dahsyat kamu ditetak, tidaklah sampai mati. Tapi seandainya kamu membawa parang/kapak ketika berjalan-jalan, dan jika ditemui polis dan kemudian ditahan dalam lokap, matilah kau."
Apa yang tersirat di sebalik sindiran ini adalah ketidakpuasan rakyat terhadap polis yang menzalimi suspek sebelum tahanan lokap dibuktikan bersalah, di samping ketidakcekapan polis untuk mengurangkan kes penjenayahan yang semakin hari semakin melonjak. Lebih-lebih lagi, tangkapan dan tahanan politik mengeruhkan keadaan. Ketika perhimpunan diadakan di luar Lokap Berpusat Jinjang sebagai tanda solidariti kepada Adam Adli, polis cuba menyuraikan perhimpunan dengan memulakan penangkapan.
Lantas seorang aunty Cina yang berada di situ mengejek, "Alangkah baiknya kalau kehebatan sedemikian digunakan untuk menangkap penjenayah!"
Isu keselamatan semakin meresahkan masyarakat Malaysia, khususnya golongan bandar. Ia bukan sekadar menyasarkan kaum Tionghua, kerana sahabat Melayu saya turut merasai "bahaya" apabila berjalan di lapangan letak kereta, di pusat beli belah dan sebagainya. Kegelisahan ini dikongsi bersama oleh penduduk bandar.
Tiba-tiba ia mencungkil ingatan saya terhadap pengalaman sepanjang tempoh kempen PRU 13. Kami sekumpulan dari bandar cuba menembusi kampung, termasuk kawasan ladang dan FELDA untuk berkempen. Kami menceritakan betapa bimbangnya diri kami terhadap isu keselamatan, dengan peningkatan kes penjenayahan yang berlaku di sekitar kami. Hampir semua daripada kami mempunyai pengalaman dirompak atau diragut, setidak-tidaknya kawan dan saudara kita pernah menjadi mangsa.
Namun demikian, kami perhatikan bahawa penduduk kampung itu seolah-olah tidak tersentuh dengan isu yang cuba kami bawa.
Pengalaman ini memanjangkan renungan saya. Saban hari golongan penduduk bandar terhimpit dan terdesak dengan tekanan hidup, dengan kadar inflasi yang melonjak, sewa rumah, kos pengangkutan, hutang yang membebankan dan sebagainya. Tetapi agak jelas masalah ini tidak menimpa golongan penduduk FELDA dan kawasan kampung di pedalaman. Mereka memiliki tanah dan ladang sendiri. Mereka mudah ke mana-mana dengan pengangkutan sendiri. Pendek kata, "Hidup mereka okay saja! Tiada masalah!"
Maka saya tersenyum sinis dalam hati. Alangkah pandainya BN. Mereka hanya perlu mengekalkan bilangan yang tertentu untuk kawasan parlimen sebegini, dan menjaga kepentingan pengundi kawasan ini sebaik-baiknya. Kemudian, ditambah dengan 25% kerusi parlimen yang dipertandingkan di Sabah dan Sarawak, maka dengan senang BN dapat mempertahankan kuasa kerajaan persekutuan.
Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurut Andrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13. BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.
Persempadanan kawasan yang tidak adil ini sudah diketahui umum. Barang siapa yang menafikan hakikat bahawa "PRU Malaysia tidak adil" harus digoncang otaknya sekuat mungkin. Usahlah untuk saya panaskan isu yang sudah basi. Tetapi saya ingin mengingatkan bahawa selangkah demi selangkah kita menghampiri kemelut apabila jurang dalam masyarakat ini semakin melebar.
Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar. Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "okay" untuk mereka.
Lebih-lebih lagi, pengundi kampung tidak berkongsi nilai yang sama sebagaimana yang dipegang pengundi bandar. Penduduk bandar jemu dengan hujah perkauman, sebaliknya memandang berat isu hak asasi dan kebebasan. Sementara itu, sentimen perkauman kekal mujarab di kalangan sesetengah penduduk kampung, dan mereka semacam langsung tidak peka dan tidak berminat dengan isu hak asasi dan kebebasan.
Akhirnya, pertentangan antara penduduk kampung dengan penduduk bandar semakin meruncing. Kerajaan akan menggubal dasar untuk menjaga kepentingan minoriti di kampung - kubu yang mempertahankan kuasanya. Sementara itu, majoriti warga di bandar menyalahkan pilihan pengundi kampung, yang menyebabkan warga bandar terus tersepit dalam kesusahan hidup, malah sering terancam dengan penjenayahan yang tidak terkawal. Maklumlah, apabila undi kita boleh dirompak dengan sistem yang tidak adil, maka kita tidak akan selamat di mana-mana.
39 ulasan:
Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?
Pasti ramai yang tersentuh apabila melihat beberapa keping gambar yang memaparkan kecederaan anggota polis tersebar dengan meluas sejak dari pagi tadi. Malah melalui komen-komen yang diterima, rakyat jelas marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan biadap dan kurang ajar pakatan pembangkang yang cuba mencabar pihak berkuasa dengan kekerasan.
Sekiranya sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan cerita kononnya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering bertindak dengan tidak mengikut peraturan dan undang-undang, kini apabila pihak PDRM mula berlembut, ia telah dibalas dengan sepak-terajang sehingga mencederakan beberapa anggota tersebut.
Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?
Insiden yang tercetus di hadapan pintu masuk Parlimen pagi tadi itu, apabila sekumpulan ahli dan penyokong pembangkang yang kononnya mengelarkan diri mereka sebagai aktivis telah bertindak keterlaluan dengan merempuh sekatan yang telah dilakukan. Walaupun amaran telah dikeluarkan beberapa kali, namun ternyata mereka sengaja ingin memprovokasi pihak berkuasa dengan tindakan tersebut.
Mereka yang dipimpin oleh bekas calon PKR bagi kerusi Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin, bekas pelajar yang sering berucap di atas pentas pembangkang, Adam Adli dan Safwan Anang telah bertindak liar dengan berbaring di atas jalan raya kononnya untuk menzahirkan bantahan. Tidak cukup dengan itu, kira-kira sejam kemudian mereka telah bertindak merempuh dan bergelut dengan polis sebagai cubaan untuk merempuh sekatan yang diadakan.
Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?
Ekoran tindakan tersebut beberapa anggota polis telah mengalami kecederaan kerana ditumbuk dan diterajang oleh mereka-mereka yang kononnya berjuang untuk rakyat. Namun persoalannya, di saat mereka sedang bergelut di luar dengan tuntutan kononnya Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah melakukan penipuan, kesemua ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang hadir untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.
Rasionalnya, sekiranya benar pihak SPR telah melakukan pilihan raya apa perlunya untuk mereka mengangkat sumpah? Bukankah itu telah membuktikan bahawa mereka telah bersetuju dengan keputusan yang dibuat rakyat?
Apa yang boleh dikatakan ialah, ini hanyalah sebahagian dari drama dan sandiwara yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim bagi mengelabui mata dan hati masyarakat. Dari satu segi dia membantah kononnya kemenangan pakatan pembangkang telah dicuri, namun dari satu segi pula dia pada hakikatnya aku dan menerima keputusan tersebut namun malu untuk mengakuinya.
Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?
Berbalik kepada isu anggota polis dipukul tadi, diharapkan kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang telah melakukan kesalahan ini. Sampai bilakah majoriti rakyat yang cintakan keamanan perlu melihat laporan seperti ini?
Sebagai contoh, ketika himpunan ‘Black505’ dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya nyaris menjadi korban ekoran tindakan liar peserta himpunan. Nasib baik pada ketika itu beberapa orang anggota polis turut berada di kawasan sekitar, kalau tidak sudah pasti mereka akan dipukul setengah mati.
Apakah pihak kerajaan ingin melihat peristiwa Lahad Datu berulang? Setelah ada yang gugur dan menjadi korban baru kelihatan tindakan yang menyeluruh dijalankan. Usah lagi berlembut dan hanya mampu memberikan amaran demi amaran, sedangkan di masa yang sama mereka yang biadab ini semakin berani untuk bertindak di luar batasan.
Kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru, mohon segera mengambil tindakan!!!
Ibu Pejabat Polis Daerah di sini memasang 70 papan tanda yang memaparkan nombor-nombor talian kecemasan yang boleh dihubungi di beberapa kawasan di daerah ini bagi menurunkan kadar jenayah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, langkah ini merupakan usaha polis dalam mendekati masyarakat selain membanteras jenayah secara lebih berkesan.
Malah, kata beliau, pemaparan nombor talian ini juga adalah salah satu cara bagi memudahkan orang ramai menghubungi polis dengan lebih pantas jika berlaku jenayah di kawasan mereka.
Katanya, sebelum ini maklumat yang diterima polis agak lambat dan menyukarkan pihaknya mengenal pasti suspek.
Kita melihat pemasangan nombor kecemasan ini sebagai satu keperluan kerana jika berlaku jenayah di sesebuah kawasan orang ramai boleh menghubungi polis untuk tindakan susulan yang segera.
Bagi kawasan Balai Polis Jalan Campbell kita meletakkan 15 papan tanda diikuti Balai Rahang (10), Balai Sikamat (lima), Balai Paroi (lima), Balai Senawang (15), Balai Seremban 2 (10), Balai Mambau (empat), Balai Kuala Sawah (dua) dan Balai Rantau (empat),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Saiful Azly berkata, talian hotline itu disediakan kerana mengambil kira orang ramai yang sedang dalam kecemasan dan tidak dapat datang ke balai polis atau mereka yang ingin memberikan maklumat mengenai kes jenayah.
Kata Saiful, usaha berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Seremban yang turut memberi sokongan usaha polis membanteras jenayah.
Kami harap orang ramai akan memanfaatkan talian hotline ini kerana setiap maklumat yang disalurkan akan disiasat.
Apabila masyarakat menghubungi polis, secara tidak langsung akan merapatkan hubungan dengan polis,” katanya.
Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan. Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat.
Saya juga tahu ketahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.
Saya faham perasan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka. Siapakah kebanyakkan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah.
Kebanyakkan masyarakat india sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi. Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini?
Rata–rata akan menjawap lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain. Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain.
Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi–apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?
Saya ingin bertanya kepada semua, pernah anda terdengar nama V Divendran yang berumur 25 tahun? Dia adalah seorang pegawai polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dibunuh kerana DENDAM. Siapa yang bunuh? Seorang lain berbangsa india yang bernama KARUNAGARAN A/L ASAITHAMBY
Adakah sesiapa daripada pembangkang atau masyarakat india sanggup turun ke jalan berdemo untuk mendapatkan keadilan kepada mendiang pegawai polis india muda itu? Tidak. Bahkan semua lupa dan ada yang tidak mahu mengambil tahu akan apa yang berlaku kepada pegawai polis dan keluarganya!
Yang anda tahu ialah menyalah dan memdapatkan publisiti kepada pembangkang dimana mereka tahu isu kematian dalam lokap boleh menaikkan lagi kemarahan masyarakat india supaya membenci polis dan lambat laun pembangkang akan mengaitkan Kerajaan Barisan Nasional.
Bagi mereka yang separa tahu isu dan aktif dalam media sosial, akan terus berfikir secara emotional daripada rasional akan terus membedil pihak Polis dan Barisan Nasional sampai mereka akan gambarkan seolah–olah Barisan Nasional yang mengarahkan penjenayah itu untuk dipukul sehingga mati.
Saya nak tanya sedikit kepada semua. Apakah jawapan anda kepada keluarga yang telah kehilangan anak, abang, saudara mereka disebabkan oleh penjenayah kesalahan berat seperti Kugen, Jamesh Ramesh, N. Dharmendran dan ramai lagi?
Apa jawapan anda kepada tangisan bapa yang kehilangan anaknya disebabkan seorang penjenayah? Keluarga mangsa yang menangis di tengah jalan. Apakah perasaan anda jika anda di tempat mereka? Jadi janganlah terlalu taksub menyokong kematian penjenayah kerana kematian mereka adalah kecil berbanding kadar jenayah dan pembunuhan yang mereka lakukan.
Tetapi saya tahu ini tidak akan menjustifikasikan keadaan sebenar dan saya akui pihak polis tidak seharusnya mengambil undang–undang ditangan mereka sendiri. Kadang–kala jika darah daging kita sendiri dibunuh oleh salah seorang penjenayah, dan lambat laun kita mendapat tahu bahawa dia telah mati dipukul pihak polis atau mati dalam lokap, Apakah perasaan kita pada ketika itu? Adakah kita akan bergembira kerana keadilan terjawab akhirnya atau sedih kerana dia mati dalam lokap? Fikirkan.
Langkah polis untuk menugaskan pegawainya memantau rapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam lokap akan dapat membendung kes kematian tahanan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, pemantauan secara 24 jam itu adalah langkah bijak untuk memastikan kes kematian tahanan seperti yang berlaku di beberapa lokap polis sebelum ini tidak berulang.
“Ini adalah arahan yang baik tetapi kita harus pastikan bahawa arahan ini dapat dilaksana secara berkesan…sebab saya rasa apa yang berlaku dalam isu ini amat serius dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berhubung langkah itu.
Lee berkata, penugasan itu juga adalah satu-satunya cara untuk polis meraih semua kepercayaan masyarakat dalam mengendalikan tahanan lokap.
“Mereka ada asas untuk membuat tangkapan dan tahanan tetapi orang tahanan ini haruslah dijaga dengan baik juga berdasarkan hak asasinya supaya tidak timbul isu kononnya polis memukul tahanan dan sebagainya,” kata beliau.
Presiden Yayasan Pengaman Malaysia yang juga bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samshuri Arshad pula berkata, apa jua tindakan dan peraturan yang boleh meningkatkan penyeliaan tugas-tugas polis di dalam penyiasatan salah laku adalah dialu-dialukan.
“Ini untuk meningkatkan keyakinan awam dan professionalisme pasukan itu di mata masyarakat,” katanya.
Nasib adalah di tangan sendiri
Can't depend too much on someone or something.
After all, we have the power to choose what we want to.
And make fuss of all the things
Siapakah majoriti tersebut?
Datuk Seri Najib Tun Razak today congratulated Tan Sri Pandikar Amin Mulia for his re-election as Dewan Rakyat Speaker.
The Prime minister also congratulated all 222 Members of Parliament who took their oath of office at the First Term of the 13th Parliament, which sat for the first time today.
Pandikar Amin received 133 votes against opposition candidate, former federal court judge Datuk Abdul Kadir Sulaiman who received 89 votes.
The swearing-in, which was held in the Dewan Rakyat, was led by Najib who is the Pekan Member of Parliament, and followed by his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN-Pagoh) as well as the 131 MPs representing the Barisan Nasional (BN).
Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) led the oath-taking of the MPs representing the opposition coalition of PKR, PAS and DAP.
jenayh kini makin mejadi ia harus dibanteras
Catat Ulasan