Hanya
sebahagian daripada Jalan Macalister dibuka untuk pengguna jalan
raya.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kelihatan marah
berkata jalan itu sepatutnya boleh diakses kepada orang ramai pada
Khamis tetapi beliau terkejut apabila mendapati kerja-kerja masih
dijalankan di luar Menara Umno.
Guan Eng berkata surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pemilik bangunan JKP Sdn Bhd berhubung kerja yang sedang dijalankan.
Guan Eng berkata surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada pemilik bangunan JKP Sdn Bhd berhubung kerja yang sedang dijalankan.
“Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah menyelesaikan kerja-kerja mereka di atas jalan raya dan ia sedia untuk dibuka.
“Tetapi Umno (JKP) masih belum siap. Kami mahu memastikan keselamatan pemandu,” katanya.
Guan Eng
berkata Jalan Macalister dibuka dari simpang Jalan Magazine sehingga
Madras Lane manakala jalan sepanjang kira-kira 130 meter di hadapan
Menara Umno masih ditutup.
Sementara
itu, ketua pegawai operasi JKP Datuk Adzmi Ariffin berkata kerja-kerja
utama yang dijalankan terhadap bangunan itu telah selesai.
“Kami hanya melakukan pembersihan yang hanya tinggal kira-kira satu peratus daripada keseluruhan kerja.
“Kami mahu menghapuskan beberapa lapisan logam di sebelah bangunan itu,” katanya.
Beliau juga berkata syarikat itu maklum hasrat kerajaan negeri yang mahu membuka jalan raya pada Khamis.
“Semua kerja akan siap pada hari ini. Mungkin ia boleh dibuka pada sebelah petang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan