HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Jun 2013

Idea parti tunggal BN tidak akan menjadi kerana hanya disokong Gerakan

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR — Beberapa ahli politik Barisan Nasional (BN) bersikap dingin dengan cadangan agar gabungan pemerintah itu bertukar menjadi parti tunggal, terbuka kepada semua kaum dengan hanya parti Gerakan menyokongnya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat menolak idea itu apabila dilaporkan mengatakan minggu ini masih belum sesuai bagi parti berasaskan kaum BN untuk bergabung menjadi satu parti berbilang kaum, membangkitkan rakyat Malaysia buat masa ini “masih belum mampu mengenepikan kaum untuk bersama dalam satu parti.”

“Rakyat sekarang masih berfikir mengikut jalur kaum,” kata Menteri Pembangunan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Umno Sabah itu berkata syak wasangka terhadap kaum lain turut timbul semasa parti berbilang kaum Berjaya memerintah Sabah dari 1976 sehingga 1985 di bawah Tan Sri Harris Salleh.

“Pemimpin masih lagi berfikir tentang kaum sendiri.. jadi, pada waktu mereka rasa terpinggir, dengan cara betul atau salah, persepsi akan merubah parti itu sendiri menjadi tidak stabil. Apabila syak wasangka semakin kuat, parti itu akan menjadi lemah,” kata Abdul Rahman.

Tiada ulasan: