HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Jun 2013

Jumlah peserta Black 505 kini cecah 55,000 (kemaskini)

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR - Ribuan peserta himpunan Black 505 yang  tiba ke Padang Merbok dari tujuh lokasi berbeza, dianggar kini mencecah 55,000 orang.

Pdg Merbok

Perkara itu diumumkan penganjur menerusi pengerusi majlis, Datuk Johari Abdul.

Terdahulu, penganjur mengganggarkan jumlah seramai 30,000, namun ketumbukan dari pelbagai arah meningkatkan jumlah demonstran sehingga jam 4.30 petang tadi.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kira-kira jam 4.20 petang.

Ketibaan beliau disambut sorakan puluhan ribu yang hadir.

Terdahulu, ribuan yang tiba ke lokasi sejak jam 2 petang mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, yang diberi peluang berucap bergilir-gilir.Turut memberikan ucapan adalah pimpinan pelbagai NGO dan mahasiswa.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar ketika menyampaikan ucapan, berkata, beliau menggesa agar kepimpinan SPR, meletak jawatan.

“Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik,” katanya.

Black 505 suara rakyat

Antara yang memberikan ucapan ialah Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Selain itu, bekas speaker DUN Perak, Sivakumar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kesemua ucapan mereka menjurus kepada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya umum 5 Mei lalu.

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

Bangang dan bahlolnya gerombolan Blackout505.....apapun PASlah yang paling cikai..!