HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Jun 2013

Kalau Nurul Izzah di Sabah, saya lagi teruk - Mazlan

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tetapi bukan negeri yang lain.

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi. Sabah, Sarawak dan Felda, oh tanah airku,” katanya dipetik Nusajaya Kini dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini berbeza jika dilihat kepada insiden penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga membunuh anggota keselamatan.

Malah, ujarnya pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

“Inilah dia demokrasi yang dilaung-laungkan,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Menceritakan pengalaman ketika ditahan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak pada 6 Julai 2011, sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai Imigresen, ujar Mazlan ia memperlihatkan sikap sebenar mereka.

“Saya mengiringi Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam lawatan kerja ke beberapa daerah di Sarawak, termasuk Miri.

“Ia arahan pihak berkuasa negeri, tanpa sebarang alasan, tidak dibenarkan masuk Sarawak sampai hari ini,” jelasnya.

Pada 11 Mac 2012, beliau ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah, setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 malam.

“Pihak Imigresen menyerahkan surat larangan di bawah seksyen 65(1), Akta Imigresen 1959.

“Ketika itu mengetuai rombongan 10 orang delegasi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat ke Sabah, larangan kekal sampai hari ini,” ujarnya lagi.

Mazlan berkata, sehingga hari ini arahan dari Ibupejabat Felda Kuala Lumpur, tidak membenarkan beliau memasuki rancangan Felda untuk memberi ceramah.

“Sesetengah Felda, program hi-tea pun tidak boleh,” ujarnya.

419 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   401 – 419 daripada 419
Unknown berkata...

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.

Unknown berkata...

Bukan ke tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang mereka janjikan sebelum ini? Nampak sangat la yang pemimpin Pakatan macam Si Nurul Izzah ni pun MUNAFIK.

Unknown berkata...

Dia sendiri yang berjanji tapi kemudiannya dia pulak yang engkar dengan janji tersebut. Kalau itu bukan tindakan seorang yang MUNAFIK, apa lagi yang kita nak cakap?

Unknown berkata...

Tambah menarik ialah apabila Si Nurul Izzah tu mendakwa dia telah berbincang dengan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking untuk ambil tindakan undang - undang.

Unknown berkata...

“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Unknown berkata...

Eh! Bukan ke sebelum ini Si Nurul Izzah tu kata dia dihalang untuk berjumpa dengan wakil PKR yang sedang menunggu dia di Sabah? Tapi, macam mana pulak dia boleh jumpa?

Unknown berkata...

Tambah menghairankan, bagaimana mungkin Si Nurul Izzah tu mampu membuat dakwaan tanpa ada sebarang bukti yang sah berkaitan dengan penguatkuasaan Imigresen Sabah?

Unknown berkata...

Adakah dia hanya buat dakwaan semata - mata atau dia ada bukti yang sah mengatakan bahawa Si Ketua Penipu tu pun turut disenarai hitamkan?

Unknown berkata...

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.

Unknown berkata...

“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.

Unknown berkata...

Hakikatnya, inilah sifat sebenar puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Diorang pandai buat tuduhan yang bukan - bukan tanpa merujuk kepada bukti yang kukuh.

Unknown berkata...

Bila dakwaan tersebut diambil tindakan dan dibawa ke mahkamah, tau pulak diorang nak failkan rayuan untuk menolak dakwaan yang diorang sendiri buat.

Unknown berkata...

Tapi, apa boleh buat ye tak Diorang ni memang pandai bercakap je. Tapi bila suruh tunjuk bukti, macam - macam la alasan yang diorang keluarkan. Tu semua hanya untuk menipu rakyat je. Bukannya diorang ada tujuan lain!!!

Unknown berkata...

‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah...

Unknown berkata...

"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.

Unknown berkata...

‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’
Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis. Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Unknown berkata...

‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?

Unknown berkata...

‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’ Setiap perkara pasti ada jawapan sebab kenapa Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah. Jangan kita suka membuat andaian yang bukan-bukan.

Unknown berkata...

‘Kami Halang Nurul Izzah Demi Keselamatan Dan Keamanan Sabah’ Tidak perlulah kita ingin buat fitnah sana sini lagi. Kita tunggu sala. Kalau benar Nurul ingin menyaman Kerajaan Sabah teruskan. Tidak ada halangan untu semua itu.

«Lebih lama ‹Lebih lama   401 – 419 daripada 419   Terbaru› Baru»