Oleh CHE'GUBARD
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505
yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013
di Padang Merbok menegaskan;
1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan.
2.
Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan
bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini
untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak
jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika
regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah
kita.
3.
Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum
secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan
perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir
menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO
turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting.
4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.
5.
Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman
lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan
protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM
menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai
turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan
'sleeping bag'.
Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan