HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Jun 2013

Komen Wan Ahmad tunjukkan SPR berpihak kepada BN – AMK

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Mokhtar terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan kecenderung beliau menyokong BN,  kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

AMK Shamsul

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad semalam yang mengkritik keputusan Pakatan untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen 24 Jun ini.

Menurut Shamsul, Wan Ahmad sepatutnya melepaskan jawatan dalam SPR dan memasuki politik atas kenyataan itu.

“Dengan mengeluarkan komen sebegini, menunjukkan telahan kita sebelum ini adalah tepat, bahawa SPR dianggotai pempinan yang berpihak kepada sesuatu parti.

“Dalam hal ini, saya menganggap ia satu kesalahan terhadap seorang penjawat awam, yang cenderung untuk menyokong parti kerajaan BN. Beliau tidak layak memegang kerusi pimpinan SPR yang sepatutnya bebas,” kata Shamsul dalam sidang media pagi ini, lapor Malaysiakini.

Wan Ahmad semalam menyifatkan Pakatan bersikap hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13.

Wan Ahmad juga antara lain dilapor menyifatkan pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

Tiada ulasan: