KUALA SELANGOR - Media sosial mampu memberi impak yang besar dalam menyebarkan sesuatu maklumat, bagaimanapun kesahihan sesuatu berita itu tidak boleh dibendung.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, media sosial boleh mencetuskan kekeliruan orang ramai apabila penyebaran sesuatu maklumat itu tiada fakta asas.
"Saya lihat Twitter dan Facebook ini lain, contoh Facebook capaian Like boleh cecah 26 juta. Dekat Facebook orang boleh ceduk maklumat dari orang lain, boleh ambik maklumat politik, cari kekasih lama dan sebagainya.
"Oleh itu fenomena Facebook perlu tengok buruk dan baiknya khususnya kepada pelajar, kerajaan berperanan fikirkan cara untuk atasi impaknya kepada generasi muda," katanya pada siri Wacana ke-21 semalam.
Tambah beliau, kepantasan saluran media itu boleh menjadi kelemahan media sosial.
Turut sama menjadi ahli panel pada wacana kali ini, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Jalil Ali, Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan dibantu moderator Wan Saiful Wan Jan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan