Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pintu Sabah sentiasa terbuka
kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan
budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.
Katanya Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.
"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Musa berkata bertentangan dengan apa yang disebar menerusi media sosial, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak bermotifkan politik.
"Ada pemimpin pembangkang lain yang datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya lalu. Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat. Kami tidak halang mereka," katanya.
"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," kata Musa.
"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.
Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.
Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?
"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya. Bernama
Katanya Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.
"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Musa berkata bertentangan dengan apa yang disebar menerusi media sosial, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak bermotifkan politik.
"Ada pemimpin pembangkang lain yang datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya lalu. Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat. Kami tidak halang mereka," katanya.
"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," kata Musa.
"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.
Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.
Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?
"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya. Bernama
284 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 284 daripada 284In supporting the development of oil and gas sector in the state, a training centre has been established by Petronas at the site of Sabah Oil and Gas Teminal (SOGT) in Kimanis. Other skills training to meet the needs of skilled workers in the oil and gas industry are offered by the MARA Skills Training Institute, the Industrial Training Institute in Kota Kinabalu and Papar, Pusat Giat Mara Kimanis and Yayasan Sabah College.
The Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) is expected to attract investments worth RM12 billion with the potential to offer 30,000 jobs when it is fully developed. The location of this park within the Sabah, Brunei and Labuan economic triangle will become a focal point of new oil and gas investments in that region.
Located within SOGIP, the SAMUR Project is a strategic development supporting the oil and gas industry in Sabah. The projects comprise an ammonia plant, a urea plant and a granulation plant, as well as integrated utility units and jetty facilities. The project involves the development of a new fertiliser plant with urea production capacity of 1.2 million metric tons per annum. The Samur Project Complex is expected to be ready in 2015.
Anwar Bukan Lagi Satu Aset, Tetapi Liabiliti
Bukanlah suatu yang memeranjatkan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan untuk tidak memulaukan upacara majlis angkat sumpah untuk ahli-ahli Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 24 Jun nanti. Ini kerana skrip drama dan sandiwara seperti ini telah acap kali didendangkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebelum ini mencadangkan agar ahli-ahli parlimen pembangkang memboikot majlis angkat sumpah tersebut sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Ekoran kekalahan yang memalukan pada pilihanraya umum yang lalu, Anwar dilihat tidak dapat menerima kenyataan dan mula ‘meroyan’ dengan mengadakan pelbagai siri ceramah, bertujuan untuk menyeru rakyat agar turun ke jalanraya.
Pengumuman untuk tidak memboikot majlis tersebut telah dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melalui kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi. Malah pengumuman tersebut dilihat senada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam berhubung isu yang sama.
“Saya ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Semua Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan bersungguh-sungguh,” menurut Azmin.
Anwar Bukan Lagi Satu Aset, Tetapi Liabiliti
Pada 7 Jun lepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya. Seterusnya 3 hari kemudian, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut membuat pendirian yang sama dengan mengatakan semua ahli parlimen Pas akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.
Walaupun pendirian Azmin itu dilihat selari dengan keputusan yang dibuat oleh DAP dan Pas sebelum ini, namun ia telah mewujudkan satu persoalan yang baru. Apakah ini menunjukkan bahawa pandangan dan cadangan Anwar tidak lagi menjadi satu bentuk arahan yang WAJIB ditaati seperti sebelum ini?
Sekiranya ia benar terjadi, maka ternyata ia telah menepati ramalan yang dilakukan oleh beberapa orang penganalisa politik sebelum ini. Mereka sebelum ini meramalkan, sekiranya masih Anwar gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), maka ramai di kalangan pemimpin pakatan akan mula meninggalkan perjuangan Anwar.
Ini kerana sebelum menghadapi pilihanraya umum yang lalu, Anwar telah memberikan pelbagai janji-janji manis kepada para pengikutnya sebagai timbal-balas atas sokongan yang diberikan. Maka, kegagalan Anwar membentuk kerajaan yang baru, akan menyukarkan dirinya untuk memenuhi semua janji yang telah diberikan itu.
Isu jawatan Menteri Besar Selangor sebagai contoh, ia hampir menyebabkan Azmin membuat satu keputusan drastik dengan meninggalkan PKR bersama para penyokongnya. Mujur Anwar berjaya ‘memujuk’ di saat akhir dan menyelamatkan PKR dari berdepan dengan saat kehancuran.
Kesimpulannya ialah, Anwar sebelum ini mungkin merasakan dirinya adalah merupakan pemimpin ulung atas ‘jasanya’ menundukkan DAP dan Pas. Namun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya, kerana mereka sebenarnya saling menggunakan antara satu lain kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.
Itulah realiti politik yang perlu dihadapi oleh Anwar. Kekuatan yang pernah dimiliki sebelum pilihanraya ternyata telah hilang tanpa disedari. Tiadalah lagi akan akur dengan setiap arahan yang diberikan, kerana dia bukan lagi merupakan satu aset di dalam pakatan tetapi merupakan liabiliti.
Atau dalam bahasa mudahnya, Anwar Ibrahim pada ketika ini sedang berdepan dengan satu pengkhianatan dalaman. Kepada mereka yang akhirnya berani mengingkari ‘arahan’ Anwar, tahniah diucapkan. Kerana akhirnya anda semua telah mula sedar, siapa sebenarnya makhluk yang bergelar ‘Pemimpin Anugerah Tuhan’ ini.
Masalah kesesakan lalulintas yang tidak ada penghujungnya, masalah tempat parking yang tidak dapat menampung bilangan kenderaan dan masalah pembinaan bangunan-bangunan kedai yang semakin membanyak dalam kawasan yang terhad
Masalah kesesakan lalulintas yang tidak ada penghujungnya, masalah tempat parking yang tidak dapat menampung bilangan kenderaan dan masalah pembinaan bangunan-bangunan kedai yang semakin membanyak dalam kawasan yang terhad
Di Tambah lagi dengan karenah MDKB yang seakan tidak mempedulikan kebersihan dan keselamatan pekan itu, membuatkan idea membangunkan satu lagi pusta bandar bagi daerah kota belud mula dirasai keperluannya.
Idea membangunkan satu kawasan pentadbiran yang terasing dari pusat bandar kota belud telah lama direalisasikan.
Kawasan Tempasuk iaitu di kawasan dimana kompleks sukan Butung telahpun didirikan pusat jabatan-jabatan pentadbiran kerajaan seperti Jabatan penerangan dan Jabatan Pendaftaran negara.
Di awal pencetusan idea itu, keperluan 'melarikan' beberapa pejabat kerajaan dari pusat bandar dilihat relevan untuk mengelakkan kesesakan orang ramai yang berurusan.
Namun setelah lebih 10 tahun, kawasan berkenaan pula tidak dibangunkan sebagai pusat bandar kota belud yang kedua.
Kawasan berkenaan hanya dikunjungi oleh mereka yang berurusan dengan pejabat-pejabat berkenaan sahaja.
Akibat itu, pekan kota belud terus dilanda kesesakan kerana tidak mampu ,menampung pertambahan penduduk luar jangka dan pertambahan bilangan kenderaan yang kemudian berikutan dengan pertambahan penduduk tersebut.
Datuk Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan bandar dan Kerajaan Tempatan, harus melihat ini sebagai mekanisme baru penyuraian masalah kesesakan di pekan itu setelah proses
Beberapa kawasan yang berdekatan dengan pekan Kota belud, boleh dijadikan asas landskap dalam pengembangan kependudukan pembangunan pinggir bandar.
Kawasan lebak moyoh , mungkin agak sesuai tetapi akan cepat sesak kerana kawasan itu telahpun dibangunkan dengan taman-taman perumahan yang menyaksikan harga hartanah di kawasan berkenaan melonjak naik.
Satu lagi kawasan yang berpotensi yang mungkin boleh difikirkan ialah kawasan teluk Usukan yang telahpun secara rasminya diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah bakal dijadikan pusat sokongan industri minyak dan gas.
Projek berimpak tinggi ini bukan sahaja akan menyelesaikan masalah pengangguran dengan penyediaan peluang pekerjaan kepada belia dan penduduk Kota belud, tetapi juga ia akan merubah landskap kawasan itu menjadi kawasan yang membangun dan indah.
Justeru itu cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai new town bagai pekan KB, mungkin ada kebenarannya.
Melainkan jika kerajaan mempunyai kawasan lain yang lebih berpotensi.Jika kawasan ini menjadi realiti sebagai sebuah pekan baru, ia juga menjadi pengimbang pertumbuhan ekonomi demostik apabila kawasan Tempasuk benar-benar menjadi kawaan Jelapang padi negeri Sabah.
Hanya kawasan Kadamaian yang bakal dimajukan sebagai eco pelancongan, berdasarkan bentuk muka bumi kawasan tersebut yang berada id bawah kaki gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia bersama desiran sungai kadamaian yang jernih dan mendamaikan.
Jika ketiga-tiga kawasan ini dapat dibangunkan dengan potensi yang sudah dikenalpasti, tidak mustahil Kota Belud akan muncul sebagai Pekan pertama di negeri ini yang mengecapi status daerah maju etidak-tidaknya 20 tahun dari sekarang.
adalah antara masalah besar yang dihadapi oleh pekan kota Belud dalam meraksayakan inspiraai pembangunan di pekan koboi itu.
pembesaran jalanraya dari Kg Kuala Abai ke Pekan menemui jalan buntu apabila pengambilan tanah tidak dapat di selesaikan sepertimana yang di dakwa oleh MP KB itu dalam blog rasminya suatu ketika dulu.
KOTA KINABALU: Kerajaan sedar kepentingan untuk ‘memerangi rasuah’ bukan hanya atas dasar prinsipnya tetapi juga sebagai faktor utama dalam negara yang membangun dan peningkatan kebajikan terhadap rakyat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata semua pihak perlu bersama-sama memikul tanggungjawab dalam usaha untuk mengatasi gejala rasuah terutamanya dalam sistem penyampaian perkhidmatan dan perolehan Kerajaan dapat dikurangkan dan dibanteras sepenuh.
Beliau yakin segala komitmen Kerajaan akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh terhadap usaha-usaha memerangi rasuah bukan sahaja dalam kalangan Penjawat Awam, malah juga pada sektor korporat, syarikat-syarikat berkaian Kerajaan (CLC) dan badan-badan berkanun di negeri ini.
“Kerajaan telah menjadikan aspek ini sebagai keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
“Tindakan-tindakan seterusnya dipandu secara pemantauan terhadap pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) yang spesifik dengan sasaran yang dikenalpasti,” katanya dalam program sistem integriti korporat Malaysia, negeri Sabah kelmarin.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) , Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sabah), Jalil Hj Jaafar.
Musa berkata, tindakan serius perlu dilakukan bagi mengatasi masalah salah laku yang melibatkan integriti itu.
Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama diantara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia bertepatan pada masa untuk membincangkan isu-isu etika dan integriti dalam sektor swasta.
Katanya, kerjasama itu akan membolehkan pertukaran pandangan dan pendapat serta pengalaman serta amalan terbaik bagi mengenal pasti cabaran dan kekangan dalam mentransformasikan sesebuah organisasi dengan integriti yang tinggi.
Musa juga mengesa kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam usaha yang dilakukan Kerajaan bagi membanteras rasuah.
APABILA membaca desakan yang dibuat oleh Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas Datuk Seri Musa Aman, saya mewakili rakan Ketua Puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.
Tindakan Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.
Sudah tentu jika dibenarkan Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil.
Persoalannya sekarang ialah Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembangkang juga memenangi beberapa negeri.
Saya menyeru kepada Nurul Izzah Anwar agar sedarlah dirimu siapa dan hormatilah aliran demokrasi pilihan rakyat Sabah sepertimana BN menghormati kemenangan beliau.
Sehubungan dengan itu, tindakan Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah.
Permintaan Nurul Izzah Anwar supaya Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.
Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; manakala Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut Undang-undang
Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah. Namun, mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.
Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.
Anggapan bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'.
ebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.
Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan.
Seharusnya Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu
Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.
Salam Hormat,
HJH MUSLIATI MOSLIMIN
Ketua Puteri UMNO Sabah
Merangkap Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Bajet 2013 negeri Sabah yang dibentangkan oleh Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini jelas memberikan penekanan kepada program-program bertujuan memakmurkan negeri dan mengukuhkan kesejahteraan rakyat selain mengambil kira cabaran masa kini dan ketidaktentuan ekonomi global. Sesuai dengan temanya "penyatuan usaha ke arah kesejahteraan rakyat yang berterusan", bajet negeri kali ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM40 juta berbanding RM4.048 bilion sebelum ini.
Kemampuan kerajaan negeri Sabah mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri ini membuktikan kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman sentiasa mengamalkan pengurusan berhemah dalam setiap perbelanjaan dan juga hasil negeri. Tidak seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mana jumlah bajet yang diluluskan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang tidak sampai RM1 bilion, begitu juga dengan di Selangor, jumlah bajet mereka tahun ini hanya sekitar RM1.6 bilion.
Dibawah pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional, hasil negeri Sabah berjaya ditingkatkan dari RM1.2 bilion pada tahun 2001 kepada RM4.36 bilion tahun lepas. Rizab tunai negeri juga meningkat daripada RM100 juta pada 2001 kepada RM3.3 bilion pada tahun lepas.
Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.
Disebalik semua penghargaan ini, masih ada pihak yang tidak henti-henti menghasut rakyat melalui pembohongan dan fitnah bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang selama ini terbukti berjaya membangunkan negara/negeri ini. Niat jahat mereka bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya untuk menumbangkan kerajaan sedia ada semata-mata untuk memuaskan nafsu politik pihak tertentu yang selama ini sangat mengidam jawatan kabinet persekutuan.
Salah satu fitnah terhebat yang sedang dimainkan oleh mereka hari ini ialah berkenaan dengan tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan nilai RM40 juta. Walaupun siasatan SPRM dan ICAC mendapati tidak wujud unsur-unsur rasuah melibatkan Datuk Musa Aman dalam kes "sumbangan politik" ini, namun pembangkang tetap konsisten mengangkat pembohongan mereka mengatasi kredibiliti siasatan pihak yang lebih arif berhubung dengan jenayah rasuah ini.
Pembangkang mungkin boleh mempertikaikan kredibiliti siasatan SPRM, namun tidak untuk ICAC. Pembangkang sendiri mengakui bahawa ICAC adalah satu badan siasatan yang sangat dihormati. Malah, menurut Datuk Rahman Dahlan, beliau sendiri telah banyak kali mendengar di Parlimen dimana pembangkang sendiri memuji ICAC sebagai sebuah agensi pembanterasan rasuah yang terbaik.
Malangnya, apabila hasil siasatan ICAC yang selama ini dipuji dan dihormati oleh mereka menyebelahi Datuk Musa Aman, pembangkang tanpa segan silu melabelkan hasil siasatan itu sebagai "diragui".
Peliknya, ketika pembangkang menuduh Datuk Musa Aman "merompak" dan memusnahkan hutan di Sabah, mereka lupa bahawa hanya dibawah pimpinan Datuk Musa Aman, barulah kerja-kerja konservasi hutan giat dilaksanakan di negeri ini.
Malah atas cadangan Datuk Musa Aman juga, Dewan Undangan Negeri telah meluluskan rang undang-undang menyekat sebarang bentuk pembangunan di sepanjang pinggir laut Kota Kinabalu, yang berkeluasan 1.555 hektar, dari Tanjung Aru ke Teluk Likas.
Berdasarkan rekod cemerlang Datuk Musa Aman, timbul satu kemungkinan kuat bahawa BN sekali lagi akan memperolehi kemenangan besar di Sabah pada pilihan raya umum ke-13 nanti, maka tidak hairanlah jika beliau menjadi sasaran pembangkang dalam waktu-waktu kritikal seperti ini
Kota Kinabalu: The Filipino militants involved in the Lahad Datu intrusion in February, this year, originally planned to strike at Lahad Datu town instead of Kg Tanduo, the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah, heard, Tuesday.
District Officer Zulkifli Nasir said the District Police Chief had also told him that Lahad Datu would be attacked by militants from the Philippines two weeks prior to the bloody incident but was told to keep it a secret.
"They (the militants) actually wanted to attack Lahad Datu, but because the police were prepared for it they instead attacked Kg TanduoÉso the police had actually done their job well," he said, in testifying before the panel led by Tan Sri Steve Shim.
To a question from conducting officer Manoj Kumar, Zulkifli said as a government officer he had to abide by what the police told him (to keep secret the planned attack).
The District Officer said Kg Tanduo, about 130km away from Lahad Datu town and where the battle between the militant group and Malaysian security forces took place, and Felda 1 areas, are known landing sites for foreigners in the district.
"We informed the security authority about this but were told that security is under control, until that incident happened," said Zulkifli, who has served in the district since 2008. Previously he was the District Officer for Keningau (2005-2008).
"Foreigners easily came in and out because most of them have relatives in the district. So that's why I had asked the Maritime Department during our District Security Committee Meeting, but was told that security is under controlÉbecause since before barter trade is a common activity here," he added.
The District Council is not responsible for security monitoring, he said, when asked.
"Foreigners easily came in and out because most of them have relatives in the district. So that's why I had asked the Maritime Department during our District Security Committee Meeting, but was told that security is under controlÉbecause since before barter trade is a common activity here," he added.
The District Council is not responsible for security monitoring, he said, when asked.
To another question, Zulkifli said he had never been to Tanduo prior to the intrusion but had been there thrice after the incident was over with the security officials to discuss whether to rebuild the villages affected by the incident.
Zulkifli said the intrusion greatly affected the district's residents especially when they knew how vulnerable Lahad Datu is to foreign threats, adding that there are foreign migrants involved in social problems in the district.
"It is also for this reason that we hope all the parties concerned, especially the village security and development committees (JKKKs) and village heads concerned in Lahad Datu would immediately report to us if they see any unusual activity," he said.
But the situation in Lahad Datu now is already back to normal, he said, adding at the time of the said incident the shops would already close at 3pm. He said the Eastern Sabah Security Command (Esscom) has provided a guarantee in terms of security.
Asked whether there is a plan to resettle squatters living on stilt dwellings (water villages), he said, they do have a long-term plan to resettle but at the moment they are just doing repairs.
On whether he knows about distribution of Malaysian identity cards (IC) to the illegal immigrants in Lahad Datu, Zulkifli said: "We have just heard about it. I have noticed when people come to the District Office they show their IC but just from their slang (accent) you know who they are."
Asked whether he could differentiate the accent between a local Suluk and foreign Suluk, he said "yes", by listening to their slang.
Zulkifli told the RCI that the original inhabitants of Lahad Datu are the Idahan people who are originally from nearby Kinabatangan district.
Semasa nak hampir pilihanraya PRU13, Anwar menawarkan otonomi kepada Sabah. Sebelum itu, dia membuat Deklarasi Kuching yang kononnya menuntut 18/20 "points agreement" untuk Sarawak dan Sabah.
Itu dilakukan tanpa memahami 18/20 points itu adalah 18/20 permintaan Sarawak dan Sabah yang dibawa ke meja rundingan dalam mesyuarat antara Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah dalam proses sebelum penubuhan rasmi Malaysia.
Hasilnya sebenar adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.
Dato Dr Jeffrey Kitingan dan Dato Yong Teck Lee membidas tawaran Anwar. Mereka kata dia seolah-olah tak faham apa yang dia maksudkan sebagai otonomi.
Patut difahami bahawa kedua-dua mereka ini berkempen atas platform otonomi. Mereka tahu 20 point agreement.
Nurul Izzah Anwar dikatakan sedang menimbang tindakannya untuk mencabar larangan masuk ke negeri itu yang dibuat oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah ke mahkamah.
Jika benar itu tindakbalasnya kepada keputusan pihak kerajaan negeri Sabah itu maka ini bermaksud berupa pertama kali dalam sejarah negara ini seorang Ahli Parlimen Malaysia ingin mencabar salah satu perkara daripada 18/20 perkara di dalam perjanjian Sarawak/Sabah yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah memberikan hak keistimewaan kepada kedua negeri tersebut.
Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah).
Perkara ini jelas dan telahpun dipersetujui oleh semua pihak sebelum berlakunya pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963. Dan apa yang penting ialah 18/20 perkara dalam Perjanjian Sarawak dan Sabah merupakan lambang kuasa autonomi yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kedua-dua negeri ini yang tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Inilah kuasa autonomi yang akan menjadi hak milik kekal Sarawak/Sabah sejak bersama-sama Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura membentuk negara Malaysia yang membolehkan kedua-dua negeri membentuk barisan kabinet negeri masing-masing serta harus dipertahankan sampai bila-bila oleh Sarawak/Sabah.
Amat tidak wajar sama sekali bagi orang lain seperti Nurul Izzah untuk mencabar kuasa istimewa yang dimiliki oleh kedua-dua negeri Malaysia Timur ini di mahkamah.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi liar lebih baru-baru ini mengharamkan Parti Keadilan Rakyat Naib Presiden Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah.
Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam mendedahkan ini berkata mesti ada sebab-sebab yang sah pada keputusan untuk mengeluarkan larangan untuk beliau masuk ke negeri ini, dan ia perlu dinilai demi melindungi keamanan dan keharmonian yang sedia ada.
Dia percaya pengharaman itu bukan sahaja didorong oleh politik tetapi adalah berdasarkan sebab-sebab yang sah sebelum dilaksanakan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM).
Kita mempunyai undang-undang dan ia perlu dihormati. Jangan gunakan ia untuk sengaja menimbulkan konflik atau mensensasikan kerana ianya tidak bertanggungjawab.
Beliau mengulas mengenai Nurul Izzah yang dibenarkan masuk ke Sabah apabila tiba di Kota Kinabalu pada Khamis. Dia bertujuan untuk menghadiri acara parti serta meraikan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai, atas kapasiti peribadi.Tetapi jangan biarkan alasan itu mengaburi agenda demonstrasi sebenar anak Anwar.
Beliau telah ditahan oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan telah diarahkan untuk pulang ke rumah pada nasihat daripada JKM itu.
April lepas, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang juga telah dihalang daripada memasuki Sabah. PKR ahli majlis tertinggi R Sivarasa juga pernah menafikan kemasukan.
Rosnah berkata rakyat juga perlu melihat keadaan dari sudut yang berbeza seperti taktik pembangkang yang sengaja mewujudkan ketegangan dan menafikan perpaduan, keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini.
Kadang-kadang tindakan tegas perlu diambil untuk memastikan bahawa tindakan yang tidak akan menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan di kalangan rakyat, dan saya percaya bahawa JKM telah melihat ke dalam semua aspek sebelum membuat keputusan itu, katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai saranan Kinabatangan ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin untuk JKM untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perkara itu untuk mengelakkan kekeliruan, Rosnah berkata terpulang kepada jabatan itu untuk membuat keputusan.
Rosnah berkata rakyat juga perlu melihat keadaan dari sudut yang berbeza seperti taktik pembangkang yang sengaja mewujudkan ketegangan dan menafikan perpaduan, keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di negara ini.
Kadang-kadang tindakan tegas perlu diambil untuk memastikan bahawa tindakan yang tidak akan menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan di kalangan rakyat, dan saya percaya bahawa JKM telah melihat ke dalam semua aspek sebelum membuat keputusan itu, katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai saranan Kinabatangan ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin untuk JKM untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan perkara itu untuk mengelakkan kekeliruan, Rosnah berkata terpulang kepada jabatan itu untuk membuat keputusan.
Sekiranya Nurul tetap dengan pendirian untuk memfail saman ke atas kerajaan Negeri Sabah maka ianya seperti membuang batu ke atas langit akhirnya terkena sendiri.
Undang-undang imigresen Sabah sudah termaktub dan dinyatakan di sana bahawa Ketua Menteri atau Kerajaan Negeri tidak payah memberi sebab mengapa melakukan sedemikian.
Akan tetapi, Musa bagi membidas Nurul dan pihak pembangkang, menyatakan bahawa ini adalah untuk tujuan keselamatan.
Lebihan lagi ia adalah pada hari pesta kaamatan dan kita tidak mahu melihat sekiranya terdapat demonstrasi atas pengaruh daripada pihak partinya.
Sebelum ini juga terdapat beberapa ahli politik dan bukan itu sahaja malahan orang-orang daripada kalangan NGO pun turut disekat atas sebab keselamatan juga.
Oleh itu, Nurul seharusnya menghormati keputusan itu disebabkan ianya adalah prosedur yang biasa digunakan sekiranya kerajaan dengan imigresennya berkeputusan sebegitu.
Ini adalah juga bagi menjaga keselamatan Nurul sendiri. Mahukah dia menimbulkan kekecohan yang memburukkan lagi dirinya?
Catat Ulasan