MSO
Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat
di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan
ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama
Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.
Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat
tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya
umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan
maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata
untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.
Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di
Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk
memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah
talian hayat untuk UBN menang di Sabah.
Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan
darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi
yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad
Datu.
Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga
aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala
soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.
Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi
daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang
berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan
sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah
tercapai.
Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang
terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah?
90 ulasan:
Pengumuman perubahan nama operasi itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Ops Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di sini Sabtu.
Tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di saksikan oleh Musa yang juga Pengerusi ESSCOM.
Turut menyaksikan penyerahan berkenaan ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dengan penyerahan berkenaan segala pengoperasian dan pengawalan operasi Ops Sanggah dilaksanakan sepenuhnya oleh ESSCOM.
Mengulas mengenai majlis penyerahan rasmi itu, Musa berharap kerjasama dan komitmen semua pihak yang menjayakan Ops Daulat sebelum ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam Ops Sanggah agar kesejahteraan rakyat, khususnya di pantai timur Sabah, terus terpelihara.
Musa juga menegaskan bahawa penglibatan rakyat amat penting untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada anggota keselamatan.
"Kerajaan negeri Sabah akan terus berganding bahu dengan kerajaan Persekutuan dan komited untuk membantu anggota keselamatan dalam memastikan maruah dan integriti negara terus dipertahankan," katanya.
"Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri akan memantau dan memberi perhatian khusus kepada keseluruhan operasi ESSCOM," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata sementara menunggu kewujudan lima batalion anggota keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah, anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa dari seluruh negara untuk ditempatkan di kawasan ESSCOM.
"Kita akan pastikan kekuatan itu tetap sama sehinggalah lima batalion ini diwujudkan secepat mungkin. Satu unit batalion ATM akan diwujudkan di Felda Sahabat dengan kekuatan antara 600 hingga 800 anggota," katanya.
Zulkifeli juga berkata semua aset yang digunakan semasa operasi memerangi pengganas seperti kereta perisai, pesawat, meriam akan tetap berada di kawasan ESSCOM.
Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa Kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden pencerobohan Lahad Datu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu," katanya.
Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.
Sementara itu, Hishammuddin menegaskan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan.
Sementara itu, Hishammuddin menegaskan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan.
Katanya, siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.
"Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.
"Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Pada kejadian itum lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kini diberi tugas sepenuhnya untuk menjaga keselamatan di kawasan itu daripada pihak keselamatan negara.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kini diberi tugas sepenuhnya untuk menjaga keselamatan di kawasan itu daripada pihak keselamatan negara.
Selain Esscom diberi kuasa untuk mengendalikan operasi dan kawalan di kawasan tersebut, nama Ops Daulat turut ditukar kepada Ops Sanggah.
Selain Esscom diberi kuasa untuk mengendalikan operasi dan kawalan di kawasan tersebut, nama Ops Daulat turut ditukar kepada Ops Sanggah.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis perbarisan penghargaan Ops Daulat di sini hari ini.
Selain itu juga, polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan menjurus kepada penyelesaian kes itu berpandu kepada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh di mahkamah.
"Kami tidak kata orang ini (individu ditahan) terlibat sebagai perancang atau pembunuh kes menembak mati pasukan keselamatan pada 2 Mac, kami ada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh...," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan dalang yang disyaki adalah daripada kalangan rakyat Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik dalam laporan akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah telah dikenal pasti, namun masih memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
Mengenai 32 individu yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi semalam, Hamza berkata, kesemuanya adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 72 tahun. "Kami tangkap kerana mereka memasuki negara ini tanpa dokumen dan bersenjata api yang menyalahi undang-undang negara ini," katanya.
Hamza berkata, tiada pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di semua daerah serta tiada laporan mengatakan pengganas bersenjata memasuki negeri ini.
Di samping itu lagi, Tanda tanya mengenai siapakah dalang di sebalik tragedi pencerobohan berdarah di Sabah semakin terungkai apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku aktiviti penyaluran wang kepada kumpulan pengganas Kiram di Pulau Jolo, Selatan Filipina.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sedang mengesan beberapa individu di Semporna dan Sandakan yang terlibat mengirim wang bagi membiayai dan membantu pengganas tersebut.
Beliau berkata, kegiatan individu yang disifatkan sebagai pengkhianat negara itu sedang dipantau rapi dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya nanti.
Tegas beliau, mereka boleh didakwa mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA) kerana mengkhianati dan mengancam keselamatan negara.
"Hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori boleh dikenakan walaupun mereka menyalurkan wang dalam jumlah yang kecil.
"Saya nasihatkan individu terlibat supaya menghentikan segera kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap negara," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
The Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) will be taking over Ops Daulat that was launched by the government to defend the country’s sovereignty during the armed intrusion at Lahad Datu.
Ops Daulat would be renamed Ops Sanggah and will be led by ESSCOM to ensure the safety and well-being of the people, especially in the east coast areas.
Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman, who witnessed the handing over of Ops Daulat from Armed Forces Chief, General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin and Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar to Director of ESSCOM, Datuk Mohamad Mentek, said, the sacrifice and the service of the security forces and all parties involved in Ops Daulat are greatly appreciated.
He said the cooperation and commitment from all parties during Ops Daulat should be continued and enhanced in Ops Sanggah to ensure the safety of the people is assured.
“Responsibility of protecting the country should not be attributed to the security forces alone, this responsibility should be implemented by all levels of society in order to preserve our national sovereignty.
“The people should play their role as the eyes and ears of the government in providing information to the security forces so that immediate action can be taken,” he said.
Musa, in a press conference after launching a special parade for the Ops Daulat and presenting medals of national sovereignty to 108 individuals, said, the state government will continue to work together with the federal government and the security forces to ensure the dignity and integrity of the country will continue to be maintained
He also urged the people to foster and enhance their patriotism to avoid such incident in the future.
Meanwhile, in explaining the implementation of Ops Sanggah, Armed Forces chief, General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, said, he believed ESSCOM is ready to perform and carry out the operations more effectively.
He said the operation is still the same, crime prevention activities, including patrols, intelligence and monitoring will be carried out as usual and will be enhanced from time to time.
“The existing manpower and assets in the ESSCOM areas will be maintained. However, we will bring more members of ATM and PDRM to the ESSCOM area while waiting for the establishment of five battalions of security forces in the east coast of Sabah.
“A unit of ATM will be set up in the Felda Sahabat area comprising 600 to 800 members with adequate equipment, while four other battalions will be set up in the other ESSCOM areas,” he added.
Meanwhile, the special parade in conjunction with Ops Daulat was participated by sixteen officers and 415 personnel from various agencies including ATM, PDRM, Civil Defense Department, Rela and others.
Also present during the special parade were, Defence Minister, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Home Minister, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister Department, Datuk Seri Shahidan Kassim, Sabah State Secretary, Tan Sri Sukarti Wakiman and Deputy Minister of Home Affairs, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.
kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.
Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.
Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.
Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.
Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya.
Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980.
Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.
Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.
Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah keanggotaan dan logistik di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi memastikan segala operasi dan pengawalan 'Operasi Sanggah' dapat dilaksana sepenuhnya.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata penambahan itu melibatkan penubuhan batalion dan briged bagi memastikan kawasan berkenaan dapat dikawal dengan lebih baik.
"Kami (PDRM) sedang buat perancangan rapi mengenai perkara itu tetapi kami tidak boleh dedahkan berapa jumlah keanggotaan yang kami akan tempatkan di ESSCOM kerana masih dalam perancangan," katanya
Beliau berkata PDRM akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan negara, terutama di kawasan yang bersempadan dengan negara jiran, dapat dikawal.
Sabtu lepas, Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac lepas bagi memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah dinamakan Operasi Sanggah. Perubahan nama itu dibuat sempena penyerahan rasmi Operasi Daulat kepada ESSCOM yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada majlis perbarisan penghargaan operasi berkenaan di Felda Sahabat 16, Lahad Datu.
RCI untuk siasatan insiden Lahad Datu boleh ditubuhkan, kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.
“Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.
“Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, kelmarin.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.
Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.
Hishammuddin menegaskan kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
“Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu,” katanya.
Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.
Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, kini dinamakan Operasi Sanggah.
Pengumuman perubahan nama operasi itu dibuat sempena penyerahan rasmi operasi Ops Daulat kepada Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di saksikan oleh Musa yang juga Pengerusi ESSCOM.
Mengulas mengenai majlis penyerahan rasmi hari ini, Musa berharap kerjasama dan komitmen semua pihak yang menjayakan Ops Daulat sebelum ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam Ops Sanggah agar kesejahteraan rakyat, khususnya di pantai timur Sabah, terus terpelihara.
Musa juga menegaskan bahawa penglibatan rakyat amat penting untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat kepada anggota keselamatan.
“Kerajaan negeri Sabah akan terus berganding bahu dengan kerajaan Persekutuan dan komited untuk membantu anggota keselamatan dalam memastikan maruah dan integriti negara terus dipertahankan,” katanya.
Sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, Perdana Menteri akan memantau dan memberi perhatian khusus kepada keseluruhan operasi ESSCOM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata sementara menunggu kewujudan lima batalion anggota keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah, anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dibawa dari seluruh negara untuk ditempatkan di kawasan ESSCOM.
“Kita akan tetapkan bahawa kekuatan itu tetap sama sehinggalah lima batalion ini diwujudkan secepat mungkin. Satu unit batalion ATM akan diwujudkan di Felda Sahabat dengan kekuatan antara 600 hingga 800 anggota,” katanya.
Zulkifeli juga berkata semua aset yang digunakan semasa operasi memerangi pengganas seperti kereta perisai, pesawat, meriam akan tetap berada di kawasan ESSCOM.
MASYARAKAT di negeri ini khususnya warga Sandakan digalakkan untuk turut menjejaki jejak-jejak warisan sebagai satu pengalaman baru dan sekali gus menambah ilmu pengetahuan terutama di kalangan golongan muda dan para pelajar.
ni kerana, ia memiliki destinasi pelancongan yang menarik salah satunya Rumah Agnes Keith terletak di atas bukit telah membolehkan Sabah dikenali di seluruh dunia menerusi sebuah buku non-fiction berjudul ‘Land Below The Wind’ yang ditulis seorang penulis Amerika iaitu Agnes Newton Keith.
Pengisahan yang amat nostalgik ini sesungguhnya memberikan keseronokan kepada sesiapa saja untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah negeri sekali gus membantu usaha menjadikan bandar berkenaan sebagai destinasi pelancongan paling agresif dan proaktif di peringkat tempatan serta antarabangsa.
Hal ini ditekankan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang, semasa menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Agnes Keith 2013 sempena Festival Sandakan di Jalan Istana, di sini, kelmarin
Rumah Agnes Keith merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat dalam ‘Sandakan Heritage Trails’. Kita menggalakkan agar pengunjung tempatan terutamanya di bandar ini untuk turut menjejaki jejak-jejak warisan ini sebagai satu pengalaman baru disamping menambah ilmu pengetahuan.
“Pengisahannya termasuk menerusi buku yang dihasilkan sewaktu Agnes Newton Keith menetap di rumah berkenaan suatu ketika dahulu sesungguhnya amat nostalgik dan mengasyikkan … ia sudah pasti memberi keseronokan apabila kita menerokai catatan sejarah lampau
Lantaran itu, ujarnya, Hari Agnes Keith yang dirai setiap tahun sempena Festival Sandakan telah menjadi acara kekal bagi maksud memperingati sumbangan Agnes Newton Keith yang telah menjadikan Sabah atau North Borneo pada masa itu mendapat jolokan ‘Land Below The Wind’ atau ‘Negeri Dibawah Bayu’ hasil daripada nukilan penulisannya.
Menurut beliau, majalah yang menerbitkannya iaitu ‘Atlantic Monthly’ menjadi popular di Amerika sehingga buku berkenaan menerima pengiktirafan dan anugerah non-fiction terbaik pada tahun 1939.
Semenjak dari itu, katanya, negeri kita terus menjadi sebutan dan dikenali di merata dunia dengan jolokan ‘Land Below The Wind’ atau ‘Negeri Dibawah Bayu’ sehingga ke hari ini.
Justeru … golongan muda, pelajar dan kanak-kanak perlu menghayati dan menjejaki kewujudan Rumah Agnes Keith yang tersergam indah di atas bukit bandar Sandakan.
Ini adalah kerana, semasa kependudukan Jepun di Sandakan … pengalaman pahit manis semasa menjadi tahanan di Pulau Berhala Sandakan dan di penjara perang Batu Lintang di Sarawak telah mendorong Agnes Newton Keith menulis dua lagi buku berjudul ‘Three Came Home’ pada tahun 1947 dan ‘White Man Returns’ pada 1951.
Ia mengisahkan pengalaman pahit dan manis beliau serta keluarga sepanjang perang dunia kedua dan pengisahan keinginan yang sangat kuat serta sentimental untuk mereka kembali ke Negeri Dibawah Bayu yang telah mereka selami dengan begitu mendalam menjadi tempat tinggal serta rumah kedua mereka.
Sehinggalah pada tahun 1952, Agnes Keith terpaksa juga meninggalkan tempat kesayangan beliau ini untuk mengikuti suaminya Harri Keith yang sebelumnya ialah seorang Pemelihara Hutan dan Pengarah Pertanian British North Borneo Chartered Company yang kemudian ditukarkan ke Manila sebagai wakil Food and Agriculture Organisation di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu,” Charles menceritakan rentetan sejarah keluarga Agnes Newton Keith.
Terdahulu dari itu, Pengarah Jabatan Muzium Sabah, Joanna Datuk Kitingan, memberitahu sebagai tanda penghargaan diatas usaha Agnes Newton Keith yang memperkenalkan Sandakan amnya Sabah melalui penulisan bukunya maka pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Muzium Negara dan Jabatan Muzium Sabah mengambil inisiatif untuk membaik-pulih rumah tersebut.
Katanya, ia dilakukan atas kepentingan warisan sejarah yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan terdapat di daerah ini.
Untuk itu, sempena sambutan tahun ini pelbagai aktiviti diadakan bagi meraikan dan memperingati hari istimewa ini … tapak Rumah Agnes Keith diatas bukit ini telah disenaraikan dalam destinasi-destinasi laluan ‘Sandakan Heritage Walk atau ‘Jejak Warisan Sandakan yang sekali gus memberi peluang untuk pengunjung khusus pelancong-pelancong asing menikmati serta menghayati sejarah, keindahan alam semulajadi dan persekitaran Sandakan,” jelas beliau.
Pada Sambutan Hari Agnes Keith tahun ini, beberapa aktiviti diadakan seperti mencari harta karun, pertandingan mewarna dan pertandingan kuiz selain permainan sukan rakyat turut diadakan di perkarangan rumah itu.
Catat Ulasan