Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan supaya pelantikan Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker) daripada wakil kedua-dua belah
pihak PR dan juga Barisan Nasional (BN) agar kesaksamaan dapat
dilaksanakan.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Pimpinan PR telah memutuskan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon bagi jawatan tersebut.
"Bagi membantu Yang di-Pertua tersebut mengendalikan persidangan, seorang timbalan hendaklah dilantik dipilih dari kalangan seorang ahli Parlimen Barisan Nasional dan seorang lagi ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
"Sehubungan itu, Pakatan Rakyat bersetuju mencalonkan ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar bagi jawatan tersebut," kata Anwar selepas selesai mesyuarat Pimpinan PR di ibu pejabat PAS di sini.
Dalam pada itu, Anwar juga mengulangi pendirian untuk mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker ke-13 dan usul tersebut telah pun dhantar oleh ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 10 Jun lalu.
"PR sudah menyatakan hasrat dimana Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah menghantar cadangan tersebut kepada Parlimen," terang Anwar lagi.
Di samping itu juga, Anwar memberi amaran supaya proses pengundian Speaker dilakukan dengan telus dan menerusi peti undi rahsia bagi memastikan tiada sebarang penipuan berlaku.
"Saya memberikan peringatan mudah bahawa Speaker yang tidak berat sebelah dan dilakukan menerusi peti undi rahsia untuk melantik Speaker.
"Kami cuba memastikan kami bermula dengan bersih. Jika kita tidak menghormati Parlimen dan membuta-tuli dalam pemilihan Speaker, maka akan berlaku satu pertarungan yang besar dalam Parlimen," tambahnya lagi.
Semalam, Anwar berkata ke semua 89 ahli Parlimen PR tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti sebagai menghormati prinsip demokrasi walaupun mereka telah memboikot sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen pada 11 Jun yang menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir.
Majlis Pimpinan PR telah membuat keputusan memboikot taklimat itu pada mesyuarat lalu untuk menunjukkan bantahan terhadap pemerintah BN kerana enggan memenuhi tuntutan reformasi pilihan raya.
Sebaik sahaja pilihan raya 5 Mei berakhir, pemimpin pembangkang telah membuat beberapa siri pendedahan yang didakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk Putrajaya melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketiga-tiga parti PR juga mengesahkan untuk memfailkan 41 petisyen pilihan raya — tiga oleh DAP, 20 oleh PKR dan 18 oleh PAS — sebelum tarikh akhir 12 Jun.
Akan tetapi selain daripada petisyen di mahkamah, PR dan kumpulan masyarakat sivil lain telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran selepas 5 Mei untuk mendesak agenda reformasi, meletakkan tiga syarat utama dengan pertama mensyaratkan peletakkan jawatan semua anggota SPR kerana kegagalan untuk memastikan Pilihan Raya 2013 bebas dan adil.
Perhimpunan “Black 505” seperti yang digelar, juga dikhaskan sebagai gerakan untuk membantah
kecurangan seperti didakwa PR semasa pilihan raya, menyaksikan BN terus berkuasa walaupun kehilangan undi popular.
Pada 22 Jun, PR akan berhimpun di Padang Merbok untuk meneruskan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya 2013. - 20 Jun, 2013.

35 ulasan:
Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri berkata ketidaksepakatan pembangkang dalam isu memboikot parlimen adalah satu bukti jelas bahawa dakwaan mengatakan mereka tidak sehaluan adalah benar.
Ujarnya, walaupun hasrat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot sesi pembukaan Parlimen ke-13 pada 26 Jun ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak profesional namun dari satu aspek, isu ini membuktikan bahawa Anwar bukanlah ‘sesiapa’ di dalam parti pembangkang.
Suara Anwar bukan kuasa veto dan sebab itulah dapat dilihat rakan sekutu PKR boleh memprotes cadangannya sekaligus menunjukkan mereka tidak sehaluan.
Mereka sebenarnya cuba seboleh mungkin menampakkan pembangkang sehaluan dan senada tetapi kenyataannya mereka hanya senada dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun dalam isu lain mereka sering bertelagah.
Dari awal lagi mereka memang sudah tidak sehaluan namun masalah ini seboleh mungkin ditutup oleh mereka agar rakyat terutama penyokong mereka melihat bahawa mereka adalah gabungan yang terbaik.
Mereka hanya bersandiwara kononnya mereka mempunyai hala tuju yang sama, jelasnya.
Tambah beliau lagi dalam pada masa yang sama kelihatan Anwar cuba untuk memonopoli keadaan dan menunjukkan dia mampu mengawal namun hakikatnya dia gagal menguasai pimpinan lain dalam pakatan pembangkang.
Dalam kata lain sekiranya mereka berjaya memerintah negara, adakah Anwar akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada rakan sekutu mereka… Saya yakin keadaan yang sama juga akan berlaku sebab jelas daripada apa yang mereka telah tunjukkan sekarang ini iaitu Pas dan DAP telah menyatakan tidak bersetuju untuk mengadakan perhimpunan ‘505’ dan juga boikot Parlimen.
Begitu juga mereka bercanggah pendapat dalam penerimaan kemasukan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai parti komponen pembangkang. Kenyataannya Anwar tidak memimpin keseluruhan parti pembangkang cuma mereka seolah-olah dan seboleh mungkin mahu nampak sehaluan dalam agenda mereka untuk menumbangkang kerajaan BN.
Tetapi tindakan dan ucapan mereka berbeza antara satu sama lain. PKR lebih kepada soal peribadi tetapi DAP lebih konsisten daripada dulu hingga sekarang iaitu soal Malaysian Malaysia yang mana perkara ini tidak pernah diperkatakan oleh PKR, ujar Hamim.
Kesimpulannya ujar beliau, selama ini rakyat mengundi mereka rakyat tidak terfikir langsung bahawa pembangkang akan memboikot Dewan Rakyat.
Rakyat mengundi bukan untuk mereka memboikot Parlimen tetapi adalah kerana rakyat mengharapkan sumbangan mereka untuk membawa suara rakyat di Parlimen. Namun sayangnya pembangkang tidak amanah.
Kepercayaan rakyat di remehkan. Mereka harus sedar, di Parlimen banyak perkara boleh disuarakan dan segala isu yang mereka bisingkan selama ini di luar boleh dibawa di Dewan Rakyat.
Daripada mereka berhujah di luar adalah lebih baik mereka berhujah dalam Dewan Rakyat, katanya.
Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pembangkang harus lebih amanah dan tahu menghargai setiap undi rakyat untuk mereka.
Dalam artikel 52(1) menyatakan jika seseorang ahli Dewan Rakyat tidak hadir selama enam bulan tanpa izin speaker, kerusinya akan dikosongkan dan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan.
Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa partinya tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 Jun ini bukan saja satu lagi episod yang memalukan malah membuktikan bahawa ketidak sependapat berlaku antara beliau dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, untuk menutup kononnya tiadanya permasalahan antara mereka berdua, Azmin menuding jari kepada media dengan menyatakan bahawa perkara sengaja digembar-gemburkan sedangkan perancangannya adalah untuk memboikot majlis taklimat Parlimen pada 11 jun lalu bukannya angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan kenyataan Azmin itu adalah bukti bahawa wujudnya ketidak kesefahaman di dalam parti berkenaan sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menafikan perkara yang hangat diperkatakan. Jelaslah memang ada masalah dalam PKR, kenyataan Azmin itu jelas menunjukkan dia tidak bersetuju dengan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar, tetapi untuk menutup perkara itu dia menyalahkan pihak media.
Itu sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk menyalahkan media, apa cuba dilakukan mereka nampaknya memakan diri, untuk menutup kesilapan itu sudah pasti pihak lain menjadi sasaran yang kononnya ingin memburuk-burukkan imej parti itu. Ini bukan sesuatu yang baru kepada pembangkang mereka akan cuba mencari apa jua alasan dan menyalahkan pihak lain, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pilihan raya ke, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sasaran selepas gagal menawan Putrajaya, katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas menyataan Azmin bahawa PKR akan bersama-sama dengan DAP dan Pas untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat, sedangkan Anwar dikatakan merancang untuk memboikot majlis berkenaan. Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan adanya pertembungan pendapat antara kumpulan Anwar dengan Azmin, bukan sahaja membabitkan isu memboikot Dewan Rakyat tetapi beberapa isu lain sebelum ini termasuk perlantikkan Menteri Besar Selangor.
Bukan sahaja PKR, Anwar juga turut menghadapi masalah dengan rakan sekutunya DAP dan Pas. Keputusan Ahli Parlimen DAP dan Pas untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar tidak mampu untuk mengawal kedua parti berkenaan untuk mengikut telunjuknya. Anwar kini sudah hilang taring, bukan sahaja di kalangan parti pembangkang, malah di dalam PKR sendiri apabila arahannya kini sudah berani disanggah oleh orang kepercayaannya, Azmin Ali.
Tindakan pembangkang ingin memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat pada 24 jun ini bukan sahaja menghina sistem demokarasi yang telah diamalkan sejak merdeka, sebaliknya mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad menyifat apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang itu sebagai kebudak-budakan dan menjadi kan perkara itu sebagai isu menunjukkan aras tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya lalu.
Tidak perlu memboikot, letak sahaja jawatan termasuk jawatan menteri besar dan ketua menteri yang mereka pegang di negeri yang mereka menangi jika masih tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, tak perlulah mengugut mana-mana pihak macam budak-budak.
Mereka yang ingin membuat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan amanah terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka, apakah mereka ini layak untuk dipanggil wakil rakyat apabila lebih mengutamakan kepentingan lain daripada mandat yang diberikan, katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas tindakan segelintir pembangkang yang ingin memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13 serta tuntutan yang tidak dipenuhi.
Menurutnya, pembangkang perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan amanah serta kepercayaan yang diberikan kerana mereka telah dipilih untuk membela nasib pengundi yang memilih mereka.
Sikap yang dilakukan oleh pembangkang itu tidak membawa sebarang kebaikan, malah yang rugi adalah rakyat apabila orang dipilih tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Selain itu, apa yang cuba dilakukan pembangkang itu adalah untuk mencemarkan nama baik negara ini dan sudah menjadi tabiat mereka sejak dahulu yang sengaja ingin memburuk-burukkan negara dalam apa sahaja isu untuk mendapat perhatian negara luar, katanya.
Normala berkata, pembangkang boleh menggunakan Dewan Rakyat untuk menyuarakan ketidak puasan mereka bukannya melakukan suatu tindakan bodoh yang akhirnya bukan sahaja merugikan mereka tetapi rakyat dan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin mengalami sindrom ingatan lemah apabila mahu memilih mantan hakim mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke 13 yang kononnya lebih bersikap adil dan telus.
Namun bagi Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dalam soal ini Anwar sepatutnya membuktikan dahulu di negeri pimpinan pembangkang sebelum membuka mulut mengeluarkan kenyataan berkenaan isu siapa yang layak untuk dilantik sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi Parlimen ke – 13.
Jelas beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan selama ini bahawa Speaker yang dilantik mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik malah Speaker sebelum ini iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia jelas telah melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan cemerlang.
“Sewaktu Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjadi Speaker, Parlimen sentiasa tegang dengan karenah pembangkang yang suka melakukan provokasi tetapi beliau mampu mengawal keadaan. Maka kita telah buktikan, siapa yang kita pilih adalah yang terbaik.
“Tetapi pembangkang hanya pandai bercakap. Konon mahu Speaker yang adil dan tidak menyebelahi mana-mana parti. Lihat sahaja Speaker yang dilantik oleh mereka.. Di Selangor ini mereka lantik Hannah Yeoh yang terang-terang menjawat jawatan sebagai Adun dan ahli DAP.
“Di Pulau Pinang pula Adun Bukti Tambun dilantik sebagai Speaker manakala di Kelantan, Abdullah Ya’akub yang kalah kepada calon BN di Dun Ayer Lanas dilantik menjadi Speaker. Abdullah sudah pasti ahli Pas.
“Jadi, pembangkang jangan hanya pandai bercakap dan berlagak pandai menghentam kerajaan sedangkan di negeri yang mereka jajah, sesuka hati sahaja mereka lantik sebagai Speaker,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah beliau lagi sebenarnya Anwar mempunyai agenda tersendiri untuk menentukan siapa yang layak sebagai Speaker di Parlimen ke-13 ini.
“Sudah pastinya Anwar mahu memastikan Speaker yang dilantik pro kepada pembangkang agar mereka boleh menguasai dewan rakyat.
“Ini adalah agenda mereka… sebab itu mereka sibuk nak menentukan siapa yang layak untuk dilantik sebagai Speaker. Pembangkang harus ingat, BN adalah parti yang telah menang pada PRU-13 jadi ini hak BN. Kita juga telah buktikan selama ini bahawa siapa yang dilantik sebagai Speaker adalah individu yang benar-benar layak.
“Mereka harus akui perkara ini. Pembangkang tetap boleh bersuara di dalam dewan rakyat dengan baik. Tidak seperti di negeri yang mereka takluki. Wakil BN tidak mampu bersuara. Jika bersuara akan dikenakan tindakan. Jadi, mereka harus belajar dari kita bagaimana untuk bersikap adil,” ujarnya lagi.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi Penggal Pertama Parlimen Ke-13.
Pandikar Amin berkata pelantikan Anwar dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).
"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Anwar pertama kali dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada penggal Parlimen ke-12 selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2008.
Sebelum ini Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) menyatakan bahawa pembangkang bersetuju mengekalkan Anwar mengetuai pakatan pembangkang di Parlimen.
Persoalan mengenai jawatan Ketua Pembangkang muncul ekoran komposisi kerusi yang dimenangi pembangkang menunjukkan DAP di depan dengan 38 kerusi, PKR (30) dan Pas (21) kerusi.
Catat Ulasan