WFAUDZIN NS
ADUHAIII....Penulis "Kiasu" Ridhuan Tee. Di dalam akhbar Sinar hari ini (03 Jun 13), "Penulis Kiasu" tersebut tiba-tiba memuji dan memuja PAS. Siapa lupa bagaimana hebatnya "Penulis Kiasu" yang lebih Melayu dari Melayu berbangsa Tiong Hua ini mengutuk PAS sebelum PRU 13 yang lalu? Mengapa hari ini si Pengampu mula memuji dan memuja PAS? Tidak lain dan tidak bukan, mahu cari makan kerana mahu menulis apa jika tiada modal lagi?

Aku mahu jawab satu persatu hujah bodoh Sang Kiasu ini. Pertama, dia
sebut semenjak kebelakangan ini pemimpin PKR semakin kurang ajar dengan
PAS. Beliau mengambil contoh sikap Ketua Wanita PKR, YB Zuraidah yang
mendakwa Kerusi MB Selangor adalah milik PKR sewaktu isu pengisian
jawatan MB Selangor baru-baru ini. Hujah tersebut aku sokong, tetapi
bukan mewakili PKR yang kurang ajar tetapi YB Zuraidah yang 'kurang
ajar'. Aku sendiri telah menulis mengkritik Ketua Wanita tersebut di
dalam blog ini sebelum ini. Ketua Pemuda PAS Selangor juga telah
bangkit mengkritik sikap YB Zuraidah tanpa perlu menunggu Ridhuan Tee
membuka mulut mengambil kesempatan. Sekarang, Ridhuan Tee sudah
ketinggalan bas. Mengapa lembab sangat?
Hujah bengap beliau seterusnya adalah tentang perebutan kerusi yang
bertindih di beberapa tempat di antara PAS dan PKR. Isu ini pun Ridhuan
Tee terlewat bas kerana isu ini menjadi topik panas di alam maya di
antara ahli-ahli dan penyokong PAS serta PKR. Masing-masing ada
hujahnya tersendiri bagaimana berlakunya pertindihan kerusi. Adakah
dengan itu hubungan PAS dan PKR tergugat? Jawapannya tidak kerana kami
ahli-ahli PKR dan PAS sedia maklum kami bebas mengkritik sesama kami
demi untuk melihat parti pujaan Penulis Kiasu terkubur. Siapa tidak
pernah mendengar Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dikritik?
Siapa tidak pernah mendengar Presiden PAS dikritik? Inilah hebatnya
kami. Harapan Ridhuan Tee untuk melihat berlaku perpecahan di antara
PAS dan PKR, kemudiannya PAS melutut dengan Umno samalah juga dengan
harapan Ridhuan Tee untuk melihat dirinya berubah dari seorang Cina
kepada Melayu.
Hujah Ridhuan Tee bahawa PAS meletakkan calon di Damansara kononnya atas
alasan PAS tolak Sosialis ternyata hujah yang bangang. Bagaimana pula
di Dun Sg Acheh? Siapa Sosialis di situ? Chegu Bard? Mengapa
berlakunya pertindihan di situ? Ini bermakna hujah tolak Sosialis bukan
hujahnya, tetapi adalah kerana percaturan pimpinan yang tidak tepat dan
lewat buat keputusan untuk menentukan calon. Bukan masalah Kerusi
tersebut asalnya Kerusi PAS yang mahu direbut oleh PKR kerana banyak
Kerusi PKR pada asalnya milik parti tersebut diserahkan juga kepada
rakan-rakan di dalam PR. Contohnya di Bentong. Parlimen Bentong PKR
serahkan kepada DAP, bahkan di dalam Parlimen Bentong tiada satu pun
Kerusi Dun diperolehi oleh PKR. Adakah PKR Tamak? Di Gelang Patah juga
begitu, dan banyak berlaku di tempat lain. Ini menunjukkan hujah
Ridhuan Tee bahawa PKR tamak Kerusi satu hujah yang kebudak-budakan.
"Penulis Kiasu" ini mendakwa PAS silap 'bertahalluf Siyasi" dengan PKR
dan DAP. Hujahnya Tahalluf Siyasi tidak boleh berlaku dengan mereka
yang menolak Islam. Cuba sebutkan satu hujah DAP tolak Islam? Adakah
kerana DAP menentang hukum Hudud (atas faktor Perlembagaan) maka DAP
tolak Islam?
Adakah sikap DAP menentang rasuah, kronisme, menentang ISA, menentang kezaliman, menyokong hak asasi manusia dan berbagai lagi kemungkaran Umno/Bn itu sebagai bukti DAP tolak Islam? Jika di dalam 10 perkara yang dituntut oleh Islam, DAP hanya tentang satu perkara maka DAP tolak Islam? Bagaimana pula dengan Umno sendiri? Sudahlah Umno menentang Hukum Hudud, laksanakan pula amalan rasuah bahkan mengangkat pemimpin yang terang-terang rasuah. Usah ditanya kepada MCA dan Gerakan. Siapa tidak tahu apa yang Chua Soi Lek perkatakan tentang hukum Islam. Ridhuan Tee dibutakan matanya untuk melihat semua ini.

Baru-baru ini, Lim Guan Eng selaku KM P.Pinang menubuhkan Jawatankuasa
Anti Murtad. Adakah ini bererti DAP anti Islam? Lim Guan Eng tidak
perlu menunggu Hassan Jati mahu pun Zul Kulum untuk beliau laksanakan
usaha membenteras gejala murtad ini. Biarlah Hassan Jati dan Zul Kulum
menyalak siang malam bercakap pasal murtad, tetapi Lim Guan Eng lebih
dahulu lakukan dari negeri-negeri di bawah Umno. Anti Islam kah DAP?
Cukup-cukuplah Ridhuan Tee mahu memperlihatkan kebodohan beliau. Jika
mahu cari makan pun tolonglah malu sedikit dengan ilmu yang beliau ada
walaupun terlalu sedikit tetapi carilah keberkatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan