KL TODAY
KUALA LUMPUR:
Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan ‘Black 505′ yang
dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat
kelulusan pemilik kawasan berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang
akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur
berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta
Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat
perhimpunan perlu diperoleh.
“Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau
turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan
undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin
meneruskan niat mereka untuk berhimpun.
Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan