HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Jun 2013

PR: PSC hanya untuk alih tumpuan rakyat

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - PR menyifatkan tindakan kerajaan mahu meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen (PSC) hanya untuk menutup kegagalan yang dilakukan pada PRU13.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuan pembentukan jawatankuasa itu hanya mahu melarikan fokus rakyat.

"Dulu lepas (perhimpunan) Bersih, perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) cadang tubuh PSC, letak wakil PR dalam tu.

"Lepas adakan beberapa siri pembincangan, berjanji mahu lakukan perubahan, namun mereka tipu termasuk dalam soal dakwat kekal, kebebasan media, bersihkan daftar pemilih yang tidak pernah selesai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi PR hari ini.

Anwar turut mengulangi gesaannya agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan PRU13 dengan bersih.

"Awak dah tipu, awak dah rompak dan sekarang kita runding (PSC).

"Serah dulu barang yang dirompak itu," katanya ketika mengenai pendirian PR jika wakil PR di letakkan dalam jawatankuasa itu.

Pendapat sama turut disokong Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, bahawa PR hanya akan berbincang jika SPR diletakkan dibawah satu jawatankuasa yang benar-benar bebas.

"Sudah sebut semua cadangan itu hanya mahu menutup kegagalan sebenar dilakukan SPR dalam PRU13. Selesai dahulu masalah yang berbangkit. Bukan soal berapa ramai wakil PR dalam jawatankuasa itu," katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akan membawa usul mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) pada sidang Parlimen akan datang.

"Akan jadi agenda utama dalam Parlimen yang akan bersidang pada 24 Jun nanti untuk kemuka satu usul tubuh IPCMC ini.

"Kita harap dapat sokongan daripada 23 ahli Parlimen BN menyokong cadangan ini bagi mendapatkan majoriti mudah supaya ia ditubuhkan," katanya yang percaya kesemua 89 ahli parlimen PR akan menyokong usul tersebut.



Tiada ulasan: