HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Jun 2013

RCI: Dompok letak jawatan pengerusi PSC Integriti kerana saksi KDN tidak bekerjasama

Oleh Mohd Farhan Darwis

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah hari ini diberitahu Tan Sri Bernard Giluk Dompok meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Integriti pada 2006 disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada saksi-saksi yang terdiri daripada kakitangan di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dompok, yang merupakan bekas ahli Parlimen Ranau hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke - 139 RCI berkata terdapat keengganan saksi daripada pegawai-pegawai untuk memberikan keterangan dalam PSC yang diketuainya pada 2006 menjadi punca beliau meletakkan jawatan.

"Ada banyak kengganan pegawai beri keterangan dan saya buat keputusan letak jawatan ... dan juga kerana saya tidak mendapat bukti daripada mereka," katanya kepada panel RCI, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

Pada 16 Mei, 2007, Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa itu atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa, khususnya, atas keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu.

"Mereka rasa tidak wajar khusus panggil sesetengah jabatan sahaja dan wajar dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara," katanya merujuk kepada JPN dan juga beberapa agensi kerajaan lain.

"Mula-mula mereka muncul ... kemudian bila ia (PSC) berjalan, mereka tak hadirkan diri, saya dimaklumkan atas arahan Kementerian Dalam Negeri," katanya kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

26 ulasan:

Unknown berkata...

Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB) akan mengeluarkan kad pendaftaran untuk pekerja asing binaan yang berdaftar dengan organisasi itu, mulai bulan depan.

Ketua Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis, berkata kad itu akan menjadi dokumen rasmi pekerja asing dan diwajibkan kepada lebih 36,000 pekerja berdaftar dengan CLAB menerusi 4,000 kontraktor.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...



“Kad ini akan diberi secara percuma kepada semua pekerja asing berkenaan sebagai bukti pekerja terbabit berdaftar dengan kami. Kad ini juga turut dilengkapi bar kod yang menyimpan semua data pekerja.

“Pihak berkuasa boleh ‘scan’ kad ini hanya menggunakan telefon bimbit Android dan semua data akan dipapar pada skrin telefon itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Bersama Pelanggan CLAB Wilayah Utara 2013 oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Azman Abd Lah di sini, semalam.

Unknown berkata...


Katanya, kad itu akan dikeluarkan secara berperingkat dengan pengeluaran awal 1,500 kad.

“CLAB akan memastikan semua 36,000 pekerja asing berkenaan memiliki kad ini dalam tempoh setahun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rafik berkata, CLAB sudah menubuhkan sebuah pusat transit di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 April lalu yang menjadi pusat sehenti pekerja asing, sebelum diambil majikan.
“Setakat ini, ada 400 pekerja asing dari Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan yang ditempatkan di pusat transit berkenaan.

Unknown berkata...


“Ia menjimatkan masa dan kos pengambilan sebab kita bawa masuk siap-siap dulu, kita letak di pusat transit. Apabila kontraktor dah ada maklumat lengkap mengikut syaratnya, boleh terus ambil pekerja itu di pusat transit,” katanya.

Katanya, CLAB juga merancang membuka pusat transit itu di wilayah utara dan selatan jika projek perintis di Nilai, berjaya.

malar bingung berkata...

Parti-parti politik di Sabah seperti “sudah mati” selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin ke Sabah.

malar bingung berkata...

Projek IC Dr Mahathir telah menyebabkan ramai warga asing menjadi pengundi dalam pilihan raya dan kepentingan penduduk asal tidak lagi diambil kira.

malar bingung berkata...

Kenyataan Dr Mahathir tentang warga asing yang sudah tinggal di Sabah harus mendapat kewarganegaraan sangat membahayakan. BN Sabah tidak seharusnya mempertahankan kenyataan Dr Mahathir, kerana kenyataan ini mendahului Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai isu ini.

malar bingung berkata...

Dr Mahathir seolah-olah menghalalkan mereka untuk datang ke negeri Sabah dan seterusnya mengenepikan warga asal Sabah. Seharusnya kita mempunyai Perlembagaan yang baru untuk tahun 1963, tetapi sebaliknya Perlembagaan yang digunakan adalah Perlembagaan Malaya yang kemudiannya ditukar menjadi Perlembagaan Malaysia.

malar bingung berkata...

Pendatang tanpa izin tidak seharusnya diberikan kewarganegaraan hanya kerana kebolehannya bercakap bahasa Malaysia, tetapi kewarganegaraan harus diberi jika dia hanya memasuki negara ini dengan sah dan bukan dari jalan belakang.

malar bingung berkata...

Patutlah Dr. Mahathir kata RCI tidak perlu, rupanya beliau sudah tahu bahawa RCI akan membongkar skandal pemberian Mykad yang telah berlaku sejak beliau jadi PM lagi.

unknown berkata...

Can't blame him anyway.

unknown berkata...

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah hari ini diberitahu Tan Sri Bernard Giluk Dompok meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Integriti pada 2006 disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada saksi-saksi yang terdiri daripada kakitangan di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

unknown berkata...

Dompok, yang merupakan bekas ahli Parlimen Ranau hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-139 RCI berkata terdapat keengganan saksi daripada pegawai-pegawai untuk memberikan keterangan dalam PSC yang diketuainya pada 2006 menjadi punca beliau meletakkan jawatan.

unknown berkata...

Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa itu atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa, khususnya, atas keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu.

unknown berkata...

"Mereka rasa tidak wajar khusus panggil sesetengah jabatan sahaja dan wajar dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara," katanya merujuk kepada JPN dan juga beberapa agensi kerajaan lain.

unknown berkata...

Beliau menjelaskan, PSC yang diketuainya itu memberikan penekanan dalam isu memberi kad pengenalan kepada warga asing di Sabah, kad pengenalan palsu, kad IMM13, dan juga populasi penduduk yang meningkat dengan mendadak di Sabah.

unknown berkata...

Dompok menjelaskan beliau tidak pasti memandangkan tidak lagi terlibat dengan jawatankuasa tersebut selepas melepaskan jawatan pengerusi.

unknown berkata...

RCI sebelum ini diberitahu bahawa 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.

unknown berkata...

RCI yang bermula Januari lalu juga telah mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

unknown berkata...

Kesian juga dia ni kan.

Dbawahbayu berkata...

"Saya yakin rakyat tidak akan bantah selagi identiti rakyat Sabah yang tulen boleh didedahkan," kata BD ketika memberi keterangan di Suruhanjaya Siasatan Diraja pada hari Jumaat.

Dbawahbayu berkata...

"Terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas isu ini dan daripada kajian kami mendapati bahawa kira-kira 257.026 IC adalah meragukan," katanya.

Tanpa Nama berkata...

Dompok, who is the former Sabah Chief Minister and current United Pasokmomobun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) president, also said laws must be changed and enforced if the government really wanted to solve the problem.

Tanpa Nama berkata...

"All Malaysian documents which have been given out to non-Malaysians dubiously should be retracted and their names taken out of the electoral roll," Dompok added.

Tanpa Nama berkata...

Earlier, Dompok said he resigned from his post as chairman of the federal select committee after noticing that there were integrity issues within government officers and the committee.