HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Jun 2013

Sekitar 100 khemah didirikan di Padang Merbok

Harakahdaily,




KUALA LUMPUR: Himpunan di Padang Merbok diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan memberitahu, sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit.

Katanya, kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbok dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup.

Juga, ujarnya akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk Ahli pPrlimen Batu dan Bachok, Tian Chua dan Ustaz Marzukh, Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul, Chegu Bard dan ramai lagi.

“Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini. Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: