Dua tahun selepas pemansuhan Akta Darurat (EO) penggubal
undang-undang masih lagi belum pasti sama ada ianya langkah tepat dalam
usaha untuk memerangi jenayah.
Pemansuhan dianggap sebagai baik atau buruk, bergantung kepada siapa anda bertanya.
Seorang peguam jenayah mengatakan sebagai seorang profesional, beliau
bersetuju undang-undang pencegahan itu tidak diperlukan kerana
menentang penahanan tanpa bicara.
Akan tetapi, sebagai seorang rakyat biasa, beliau bersimpati dengan
polis yang telah mengatakan secara terbuka mereka bergantung kepada Akta
Darurat apabila gagal untuk mendapatkan cukup bukti bagi mendakwa
penjenayah tegar dan ketua sindiket.
Ini adalah pendirian seimbang diambil oleh peguam M. Athimulan
apabila diminta memberikan komen terhadap laporan The Malaysian Insider
di mana beberapa pegawai polis kanan menyalahkan peningkatan jenayah
ganas disebabkan pemansuhan Akta Darurat pada tahun 2011.
Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Selangor Tan Sri Ramon
Navaratnam pada Julai tahun lepas mengatakan pemansuhan Akta Darurat
menyebabkan seramai 2,000 bekas tahanan di Selangor bergerak bebas.
“Sebagai seorang rakyat saya akan kata EO mungkin diperlukan, akan
tetapi perlu ada semak dan imbang untuk memastikan tiada penyalahgunaan
oleh polis,” katanya.
Seorang lagi peguam terkemuka Amer Hamzah Arshad bagaimanapun
merasakan EO digunakan oleh polis sebagai alasan mudah untuk “melepaskan
diri.”
“Bagaimana mereka boleh kaitkan pemansuhan EO dengan peningkatan dalam kadar jenayah?
“Bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat keputusan tanpa kajian terperici sebelum bercakap tentang ini?” soal beliau.
Beliau mengatakan polis seharusnya menyelesaikan kes jenayah dengan
menyiasat kes dan menahan suspek hanya apabila mereka mempunyai bukti.
Amer mengatakan di bawah EO, polis akan menahan suspek di bawah EO.
“Dua tahun selepas itu mereka dibebaskan. Lepas tu apa? Soal beliau.
Beliau menambah walaupun ia memberikan persepsi baik polis membuat
kerja mereka, akan tetapi tidak menyatakan punca sebenar isu itu.
Menurut Amer, seorang hakim Mahkamah Tinggi pernah mengatakan pasukan polis Malaysia bertaraf dunia jadi, EO tidak diperlukan.
Ahli kriminologi Dr P. Sundramoorthy bagaimanapun, percaya
undang-undang pencegahan masih lagi diperlukan di Malaysia untuk
menghapuskan kongsi gelap dan aktiviti samseng.
“Undang-undang pencegahan bukan untuk membuat kerja polis lebih mudah
akan tetapi untuk mengawal kongsi gelap dan sindiket jenayah,” katanya.
Beliau bersetuju dengan polis yang mendakwa peningkatan jenayah baru-baru ini disebabkan oleh pemansuhan undang-undang itu.
“Sudah pasti, mereka yang ditahan telah kembali kepada cara lama
mereka dengan jaringan lebih baik dalam dunia jenayah,” katanya.
Prof Madya kriminologi di Universiti Sains Malaysia itu mengatakan
akibat daripada desakan kumpulan hak asasi manusia untuk memansuhkan
undang-undang pencegahan, pasukan kriminologinya menghantar satu laporan
dengan cadangan kepada kerajaan.
“Kita menasihatkan kerajaan untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad akan tetapi menyemak semula EO.
“Kita seharusnya mempunyai undang-undang sama dengan EO akan tetapi
perlu ada semak dan imbang supaya tiada penyalahgunaan,” tambah beliau.
Beliau menegaskan jenayah berkaitan dengan kongsi gelap dan kumpulan
samseng tidak dapat dihapuskan dengan undang-undang biasa kerana
kebanyakkan daripada kes-kes, saksi takut untuk ke hadapan memberikan
keterangan.
“Ia adalah sukar dan EO berjaya tahun kebelakangan ini dengan sedikit kesilapan,” katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengatakan pasukan polis
tidak wajar memberikan alasan pemansuhan Akta Darurat pada 2011 sebagai
alasan peningkatan jenayah di dalam negara.
"Jika polis telah mendapat 'maklumat dan kenyataan daripada saksi
serta disahkan mereka', jadi mengapakah mereka tidak dapat mendakwa
penjenayah di mahkamah dan heret mereka ke penjara," soal Pua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan