HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Jun 2013

Shahidan: Orang luar tak patut guna kemudahan Parlimen

 


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menggariskan keutamaan segera dalam menyelia hal ehwal Parlimen, iaitu bagi memastikan "orang luar" tidak lagi menggunakan kemudahan di Parlimen.

NONEKatanya, selain anggota Parlimen yang menjalankan tugas, pihak lain tidak patut menggunakan kemudahan yang disediakan di tempat itu.

"Sidang media diadakan di Parlimen dan ia sepatutnya untuk anggota Parlimen, bukan NGO," katanya yang mengambil tugas daripada menteri terdahulu Datuk Seri Mohd Abdul Nazri Aziz yang ditugaskan di kementerian lain.

Bagaimanapun, kata Shahidan (atas, bersongkok), bagi anggota Parlimen yang turut menjadi anggota mana-mana NGO boleh menggunakan tempat itu.

Tiada ulasan: