Najib mempunyai tanggungjawab yang terbesar sekarang ini untuk memberitahu rakyat tentang konsessi bloc pengeluaran petroleum seluas 45 ribu kilometer persegi kepada sebuah syarikat, Pexco di Sarawak baru-baru. Isu ini bukannya isu yang kecil dan Najib serta kabinet negara tidak boleh melengah-lengahkan untuk memberitahu rakyat negara kita ini.
Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku dan siapa kah yang bertanggungjawab terhadap penganugerahan konsessi pengeluaran minyak yang terbesar itu kepada sebuah syarikat peribadi dan bukannya kepada Petronas? Jika Najib tidak ada dalam negara, Muhyiddin dan kabinet Malaysia wajar memberikan penerangan khas secara serius dalam jangka masa yang terdekat ini.
Petronas juga wajar memberitahu rakyat kenapa dan mengapa bloc yang
terbesar itu tidak diperolehi oleh Petronas sendiri? Petronas telah
diwujudkan pada tahun 1974 dahulu untuk bertanggungjawab terhadap semua
hal tentang pengeluaran minyak samada dipersisiran atau diluar
persisiran pantai negara ini sampai bila-bila.
Setiap kerajaan negeri dalam Malaysia telah menandatangani perjanjian
dengan Petronas dan dalam perjanjian itu semua hasil minyak dalam negara
ini telah di serahkan kepada Petronas dan tidak pada mana-mana pihak
yang lain. Ini adalah isu yang sangat besar dan setiap seorang dalam
kabinet terutamanya Perdana Menteri, wajib memberitahu rakyat secepat
yang mungkin tanpa berlengah-lengah lagi.
Rakyat mahu tahu samada benar kerajaan yang ada pada hari ini adalah
kerajaan yang jujur kepada rakyat yang telah memberi mandat kepadanya.
Jika sah ada elemen penyelewengan serta ‘rompakan’ yang sistematik
terhadap harta rakyat dan negara, tidak salah jika rakyat melakukan
desakan untuk Najib dan kabinet hari ini meletakkan jawatan secara ‘en
bloc’ diatas premis kebertanggungjawaban bersama.
Pexco ini mempuyai kaitan dengan Usaha Tegas Sdn Bhd kepunyaan T
Anandakrishnan, manusia yang terkaya di negara ini yang terkenal
hubungan baik dengan Dr Mahathir, Penasihat Petronas, serta pimpinan
tertinggi negara.
Ada persoalan utama yang kita wajib diberitahu.
Siapa yang memberikan konsessi itu kepada Pexco? Adakah kerajaan
Sarawak atau Petronas yang memberikan konsessi itu kepada syarikat
empunya Ananda ini? Pendeknya siapa yang memberikan konsessi dan siapa
menerima konsessi ini penting untuk diketahui umum.
Pada pertengahan tahun tujuh puluhan dahulu, semua kerajaan negeri
termasuk Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk
memberikan semua hak mencari dan mengeluarkan minyak kepada Petronas
buat selama-lamanya dan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dengan
pengeluaran minyak oleh Petronas itu dibayar royalti sebanyak 5 peratus
diatas harga FOB.
Lain-lain perkataan perjanjian ini tidak membolehkan mana-mana pihak
untuk mendapat konsessi itu selain dari Petronas kerana semua hak keatas
minyak dan pengeluarannya serta penjualannya adalah hak Petronas. Tidak
sepatutnya timbul isu mana-mana kerajaan negeri memberikan konsessi
kepada mana-mana pihak dan jika ia berlaku itu merupakan satu
‘miscarriage of Law’ yang amat serius yang dilakukan oleh mana-mana
kerajaan negeri, termasuk kerajaan Sarawak.
Sekarang ini rakyat mesti diberitahu perjanjian konsessi Pexco ini
dilakukan dengan siapa? Apabila terjawab persoalan ini barulah rakyat
boleh memilih samada meneruskan tindakan terhadap kerajaan yang telah
mereka berikan mandat ini, atau mempersoalkan kewibawaan Petronas itu
sendiri.
Dalam isu ini Petronas juga wajar keluar dengan kenyataan tegas yang
syarikat petroleum nasional itu tidak terlibat dengan pemberian konsessi
ini. Jika konsessi itu diberikan oleh Petronas maka isunya bukan lagi
dengan kerajaan, tetapi dengan Petronas itu sendiri dan rakyat mahu tahu
kewajaran konsessi ini diberikan kepada Anandakrishnan pula.
Kepada PM Najib...Kami hendak tahu cerita sebenarnya sekarang. Jangan
dilewat-lewatkan jawapan ini. Rakyat tidak mahu lagi isu rompak-merompak
terhadap harta rakyat ini terus-terusan berlaku.
Balik sahaja dari Tanzania ini, Najib terus sahaja berikan jawapannya
kepada Parlimen kerana persoalan ini juga telah timbul diParlimen. Ini
isu yang sangat serius, dan semua rakyat wajar mengikutinya secara dekat
kerana harta yang disyaki diselewengkan ini adalah harta kita semua.
21 ulasan:
Bagus juga kalau hal ini diberi perhatian, jangan dibiarkan rakyat terus membuat kesimpulan yang bukan-bukan.
Najib has stature to bring Malaysians together, says social commentator
MELBOURNE: A leading Malaysian social commentator said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has the "stature and authority" to bring all communities together after the recent general election.
"He is very sincere when he says `I want to rule for all Malaysians. This is very encouraging," Tan Sri Robert Phang, the founder and chairman of Social Care Foundation, told Bernama, here.
"Najib is the best person to get to the root cause of the political malaise, especially among the Chinese, he said, adding that a post-mortem should be conducted to ascertain reasons why MCA and other BN Chinese component parties were rejected by its own community.
"They have failed to connect with their constituents and this is a disaster. There is no Chinese representation in Cabinet. This is very disappointing. So something has to be done," he said.
Phang was here to address the Victorian Chinese Chamber of Commerce at the weekend.
Najib has demonstrated very convincingly that he would like to continue working on plans and programmes for the betterment of Malaysians.
"But he needs to win the support and confidence of the Chinese and Indians. This I am sure he will achieve," he added.
"Because of his family heritage, British training, open mindness and being very receptive to suggestions I feel confident Najib is the man of our times who can unite the nation.
"Najib has many times said `change, or be changed'. He understands the seriousness of the situation and we can expect reforms within Umno and BN.
"Despite his detractors, the prime minister was given a resounding mandate at the election and he can move forward with confidence and with authority."
Phang said although it was vital to have a strong opposition to provide checks and balances, "they must be constructive and effective, not just shouting slogans and marching down the streets".
He said rallies mooted by Datuk Seri Anwar Ibrahim are unproductive, destructive and deceptive and would drive foreign investment away.
"Malaysia is a beautiful country. I want to see it grow and prosper," Phang said. -- BERNAMA
hal ini perlu diperjelaskan.
Kerajaan sentiasa memberi peluang kepada sektor swasta untuk memainkan peranan penting dalam pembinaan modal insan dan pembangunan negara melalui penubuhan pelbagai Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), kata Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.
Katanya, sejak sekian lama polisi kerajaan sentiasa membenarkan IPTS dan kolej- kolej swasta berkembang pesat di Malaysia termasuk Sabah dengan menawarkan pelbagai jurusan akademik kepada para pelajar.
Hal ini kerana kerajaan sedar penyediaan pendidikan yang berkualiti oleh IPTS dan kolej swasta mampu mencungkil dan mengekalkan bakat dalam pelbagai bidang termasuk bidang seni dan kreativiti di negara ini,” kata Teo ketika berucap di Majlis Konvokesyen ke-20, Institut Seni Sabah (SIA) 2013, di sini, kelmarin.
Dalam pada itu, Teo menyatakan harapannya supaya dalam tempoh yang terdekat ini Sabah akan mempunyai sebuah kampus cawangan universiti terkemuka antarabangsa seperti penubuhan Universiti Teknologi Curtin di Miri dan Universiti Teknologi Swinburne di Kuching, Sarawak.
Katanya, penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sabah dapat memberi peluang kepada rakyat tempatan memperolehi pendidikan yang bertaraf tinggi di negeri sendiri tanpa perlu merantau jauh.
Selain itu, Teo turut menasihati 31 graduan SIA yang memperoleh Diploma dalam bidang Seni Persembahan dan Reka Bentuk di majlis tersebut supaya meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun IPTS.
Hal ini penting supaya mereka dapat menyediakan diri menjadi seorang yang lebih berdaya saing dalam menghadapi dunia pekerjaan yang sungguh mencabar
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Prof Dato’ Dr. Wilson Yong berkata, pihaknya berazam untuk menyediakan lebih ramai pemuzik dan pereka professional tempatan melalui pendidikan tinggi yang ditawarkan.
Pihak kami menyedari bahawa graduan SIA mempunyai peluang yang cerah sebaik memasuki alam pekerjaan berikutan terdapat peningkatan permintaan terhadap pereka dan ahli muzik dari pelbagai syarikat saban tahun,
Walau bagaimanapun, katanya, masih terdapat sesetengah ibu bapa yang belum menyedari kepentingan pendidikan seni dan tidak memberi sokongan terhadap minat anak mereka untuk bergelar pemuzik dan pereka.
Dalam pada itu katanya, sejak penubuhannya kira-kira 20 tahun yang lalu, SIA melalui pelbagai cabaran dalam menyediakan graduan seni yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Untuk itu, pihaknya memohon supaya kerajaan dapat meyediakan sebuah institusi di Sabah khusus untuk rakyat tempatan menimba ilmu dalam bidang seni memandangkan golongan tersebut bakal memperolehi pendapatan yang tinggi sejurus memasuki alam pekerjaan.
Katanya, bidang seni dan reka bentuk juga mampu memberi sumbangan dalam menjana ekonomi Negara.
Bidang seni dan reka bentuk di Sabah juga boleh digabungkan bersama dengan industri seni, budaya dan pelancongan tempatan bagi menjana pendapatan ekonomi negara yang lebih tinggi,” katanya.
Catat Ulasan