KUALA LUMPUR - Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?
Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.
Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (Pas 14, PKR satu).
Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.
Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.
Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw berkata undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.
"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.
Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.
Naib presiden PKR Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata sekiranya Pas memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula.
"Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa," katanya.
Beliau berkata pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah. - Bernama
28 ulasan:
DIHARAPKAN PEMBANGKANG DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK UNTUK MENJAYAKAN MALAYSIA. MEMANG BAIK ADANYA PEMBANGKANG. CUMA KENA TERIMA HAKIKAT LA... SELAMAT MAJU MALAYSIA!
MINGGU pertama sidang Dewan Rakyat tepat sebagaimana dijangka, berlangsung dalam suasana hangat terutama dengan keghairahan pembangkang yang kini mempunyai 89 wakil di Parlimen.
Ini permulaan yang baik apabila perbahasan berkualiti cuba ditampilkan meskipun ada beberapa wakil rakyat secara sengaja membelakangi Peraturan Mesyuarat dengan menggunakan bahasa kesat.
Gabungan ramai muka baru dan orang lama dari pelbagai latar belakang juga berjaya meningkatkan daya intelektual ahli dewan semasa sesi perbahasan walaupun ada kalanya perkara tidak relevan turut dibangkitkan.
DIHARAPKAN PEMBANGKANG DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK UNTUK MENJAYAKAN MALAYSIA. MEMANG BAIK ADANYA PEMBANGKANG. CUMA KENA TERIMA HAKIKAT LA... SELAMAT MAJU MALAYSIA!
Namun kehilangan wakil rakyat Bebas seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin, yang pada sesi lalu sering kali bangkit mempertahankan hak bumiputera amat dirasai apabila belum ada lagi suara lantang seperti itu kedengaran.
Baik wakil rakyat dalam kalangan Barisan Nasional (BN) mahu pun pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang, masing-masing nampaknya mengambil pendekatan selamat buat masa ini untuk tidak membangkitkan isu bumiputera di Dewan Rakyat.
Memulakan sidang pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum dengan muktamad kerana langkah itu prasyarat utama dalam menjayakan perdamaian nasional.
Seruan itu jelas kerana usaha ke arah perdamaian nasional bagi mengatasi polarisasi kaum tidak akan mencapai kejayaan jika pembangkang memilih demonstrasi jalanan untuk membangkitkan kebencian rakyat dengan niat mencetus huru-hara.
DIHARAPKAN PEMBANGKANG DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK UNTUK MENJAYAKAN MALAYSIA. MEMANG BAIK ADANYA PEMBANGKANG. CUMA KENA TERIMA HAKIKAT LA... SELAMAT MAJU MALAYSIA!
Selain itu, isu lain yang turut menjadi perbahasan ialah penggunaan dakwat kekal, undi popular, perhimpunan haram, penghinaan terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, cadangan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan harga rumah.
Bagaimanapun niat pembangkang menjadikan sesi Dewan Rakyat kali ini sebagai pentas politik untuk membangkitkan isu dakwat kekal dan undi popular terbatas berikutan persiapan rapi wakil rakyat BN.
Paling mencuri tumpuan kemunculan semula 'otai' Tan Sri Annuar Musa selepas 13 tahun meninggalkan Dewan Rakyat dan kehadiran beliau pantas meninggalkan kesan kepada pembangkang melalui mutu dan kepetahan berhujah.
Beliau langsung tidak kekok untuk berdepan dan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara gentleman sehingga Ketua Pembangkang itu biarpun diakui pemidato hebat, jenuh juga 'bersilat' menangkis asakan Ahli Parlimen Ketereh tersebut.
DIHARAPKAN PEMBANGKANG DAPAT BEKERJASAMA DENGAN BAIK UNTUK MENJAYAKAN MALAYSIA. MEMANG BAIK ADANYA PEMBANGKANG. CUMA KENA TERIMA HAKIKAT LA... SELAMAT MAJU MALAYSIA!
Malah tanpa sebarang rasa bimbang diserang pembangkang, Annuar melabelkan Ketua Pembangkang itu sebagai 'syaitan dikenali' dan pemimpin talam dua muka yang hanya pandai memperalat rakyat dengan janji-janji manis.
"Saya akui ada beberapa wakil rakyat BN cukup bimbang untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang kerana kebanyakan mereka pernah berada di bawah Anwar dahulu.
"Anwar ini kehebatan dia hanya pandai berpidato manakala dari segi prinsip, idea serta kemampuan mengurus boleh dipertikaikan. Saya kenal lama Anwar, jadi saya tiada sebarang masalah untuk berdepan dengannya pada bila-bila masa," katanya.
BAGAIMANAPUN JUGA, KITA KENA SENTIASA DENGAN PAK ANWAR TU..
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
BAGAIMANAPUN JUGA, KITA KENA SENTIASA DENGAN PAK ANWAR TU..
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
BAGAIMANAPUN JUGA, KITA KENA SENTIASA DENGAN PAK ANWAR TU..
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
Ketika ramai sedang bercakap tentang Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut, tentu ada yang tidak tahu PRK yang akan diadakan ekoran kematian Dr A. Rahman Mokhtar pagi Rabu adalah kali kedua selepas 34 tahun.PRK pertama itu juga kerana kematian Ahli Dewan Undangan (Adun) kawasan berkenaan Zakaria Muda.
Jangan pula terkejut tarikh wakil rakyat BN itu meninggal dunia adalah pada 26 Jun 1979 yakni tarikh dan bulan sama dengan kematian Dr A. Rahman.
Malah, PRK 34 tahun lalu diadakan pada bulan puasa dan dimenangi calon BN Zakaria Abdul Rahman.
Menurut Ahli Parlimen Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Idris Jusoh, sekiranya PRK Kuala Besut kali ini diadakan pada bulan puasa, ianya mengulangi sejarah 34 tahun lalu.
“Dulu (34 tahun) kita menang, PRU lalu kita juga menang dan Insyaallah, PRK ini kita boleh menang kerana itu kawasan selesa BN,”katanya.
Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, BN yakin mempertahankan kerusi Kuala Besut memandangkan DUN itu kubu BN serta majoriti 2,434 diperolehi Allahyarham Dr A. Rahman ketika menewaskan calon PAS Napisah Ismail pada PRU 13, Mei lalu.
Beliau juga yakin formula 17: 15 akan kekal dan BN dapat terus memerintah Terengganu dengan kemenangan pada PRK itu nanti.
Formula itu merujuk 17 kerusi dimenangi BN dan 14 kerusi oleh PAS manakala satu diwakili PKR ketika ini.
Keyakinan Idris itu menolak kemungkinan andaian formula 16:16 oleh sesetengah pihak berdasarkan kemungkinan PAS menang pada PRK itu.
Jika diambil kira rekod-rekod keputusan pilihanraya bagi DUN 01 Kuala Besut, BN mengekalkan kemenangan berturut-turut sejak PRU 11.
Pada PRU 11 (2004) calon BN Abdullah Che Muda menang dengan majoriti 2,027 menewaskan calon PAS Nik Mohd Zawawi Salleh yang menang dikerusi itu pada 1999 hanya dengan majoriti 487 undi.
Dalam PRU 12 (2008) calon BN Dr A. Rahman Mokhtar menewaskan Mohd Zawawi dengan majoriti 2,631 undi.
PRU 13 (2013) menyaksikan Dr. A. Rahman menang dengan majoriti 2,434 selepas memperolehi 8,809 undi manakala Napisah berjumlah 6,375 undi.
SPR dijangka mengekalkan daftar pemilihan pada PRU lalu iaitu seramai 17,679 pemilih.
Pihak berkenaan belum lagi menetapkan tarikh PRK Kuala Besut walaupun ada spekulasi kemungkinan ianya diadakan dalam bulan puasa.
Namun, persoalan utama kini apakah SPR akan mengekalkan penggunaan dakwat kekal yang mencetuskan kontroversi pada PRU lalu.
Jika benar, kemungkinan PRK akan diadakan selepas hari raya iaitu selewat-lewatnya 27 Ogos kerana SPR perlu menentukan dakwat yang sesuai sekaligus memerlukan masa bagi memilih dan membeli dakwat tersebut.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof menegaskan, keputusan berhubung penggunaan dakwat kekal dijangka akan diputuskan minggu depan apabila pihaknya bermesyuarat bagi menentukan tarikh PRK Kuala Besut.
SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei.
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - 30 Jun, 2013.
pastikan ia berjalan lancar
Menerusi usaha itu, jentera parti menggalakkan penduduk yang berhijrah dan bermastautin di kawasan Tebrau supaya menukar alamat.
Ketua Umno Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang berkata, usaha itu amat penting di samping menggandakan inisiatif memupuk kesedaran politik berikutan ramai penduduk berbangsa
Bila kita buat pemeriksaan ada yang masih menggunakan alamat di Kota Tinggi, Pengerang, Tenggara dan lain-lain. Mereka tidak mahu tukar alamat kerana ‘sayangkan’ kad pengenalan sedangkan orang luar yang datang ke negeri ini tukar alamat untuk jadi pengundi tempatan.
Inilah sikap orang kita yang perlu diubah. Ada beberapa kawasan seperti rumah pangsa yang ada 2,000 penduduk, tetapi yang menjadi pengundi tempatan hanya kira-kira 800 orang,” katanya pada Majlis Makan Malam Meraikan Jentera Pemuda Umno Tebrau PRU13 di Tanjung Puteri Golf Resort, dekat sini
Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin M. Jamaluddin dan Pengarah Unit Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Othman Ibrahim.
Majlis turut menyaksikan pelancaran program Ziarah Ramadhan edisi ke-9 membabitkan kerjasama mahasiswa UTM.
Menyentuh mengenai Ziarah Ramadhan kali ini, beliau menyifatkan kerjasama mahasiswa bertujuan menunjukkan golongan muda sentiasa prihatin.
Catat Ulasan