Keluarga mendiang N. Dhamendran ditemani peguam N. Surendran.KUALA
LUMPUR, 5 Jun — Anggota polis yang dituduh menyebabkan kematian N.
Dhamendran didakwa kerana membunuh hari ini selepas ditemui mati dalam
lokap polis di sini.
Tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan kepada tiga
anggota polis dalam mahkamah magistret di sini, di mana seorang lagi
yang dituduh masih bebas.
Tiga anggota polis yang didakwa hari ini adalah Jaferi Jaafar, Mohd Nahar Abd Rahman, Mohd Haswadi Zamri Sahari, dengan yang pertama berpangkat sarjan dan kedua-dua lagi berpangkat koperal.
Identiti tertuduh keempat tidak didedahkan.
Di bawah Seksyen 302, hukuman penalti bagi yang disabitkan kesalahan adalah hukuman mati mandatori.
Tiga anggota polis yang didakwa hari ini adalah Jaferi Jaafar, Mohd Nahar Abd Rahman, Mohd Haswadi Zamri Sahari, dengan yang pertama berpangkat sarjan dan kedua-dua lagi berpangkat koperal.
Identiti tertuduh keempat tidak didedahkan.
Di bawah Seksyen 302, hukuman penalti bagi yang disabitkan kesalahan adalah hukuman mati mandatori.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 9 Julai untuk sebutan semula kes, untuk menunggu laporan kimia.
Keluarga Dhamendran dan peguam mereka N. Surendran dan Latheefa Koya dan M.Manoharan turut hadir di mahkamah dan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.
Apabila ditemui di luar mahkamah, isteri Dhamendran M. Mary mengatakan beliau "Saya puas hati".
"Saya harap keluarga lain tak akan lalu macam saya ini. Saya harap tak terjadi kepada orang lain," katanya kepada pemberita.
Latheefa juga memberitahu pemberita ini adalah pertama kali pertuduhan bunuh dikenakan terhadap mereka yang dituduh menyebabkan kematian dalam tahanan.
Dhamendran dilaporkan ditahan pada 11 Mei berikutan dengan insiden tembak menembak di Bandar Tun Razak mati sepuluh hari selepas itu pada 21 Mei semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontigen di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah pada mulanya mendakwa Dhamendran mati disebabkan oleh "kesukaran bernafas".
Tetapi laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur - didedahkan kepada umum pada 1 Jun mendedahkan bekas pemandu lori bagi syarikat pengurusan sisa telah mengalami " kecederaan tisu lembut meresap kerana pelbagai daya trauma ".
Pihak polis dilaporkan mengklasifikasikan kematiannya sebagai "pembunuhan".
Pada 28 Mei, Bukit Aman mengumumkan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat keadaan sekeliling kematian Dhamandran.
Pada 29 Mei, empat anggota polis, dikatakan bertugas semasa Dhamendran mati, telah ditugaskan untuk tugasan pejabat.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan pegawai-pegawai polis yang berada di bawah siasatan untuk kematian Dhamanderan akan digantung daripada tugas.
Seorang lagi lelaki, P. Karuna Nithi, 43 tahun, mati dalam tahanan polis Sabtu lalu di lokap Tampin, Negeri Sembilan, membangkitkan lagi kemarahan dan desakan untuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi memastikan pasukan polis bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan kuasa.
Menurut kumpulan hak asasi Suaram, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lapan lagi kes setakat ini berlaku dalam masa lima bulan pada tahun ini.
Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan