KUALA
LUMPUR— Polis akan membenarkan perhimpunan dirancang
pembangkang untuk diteruskan jika diadakan mengikut syarat-syarat dalam
Akta Parhimpunan Aman (APA) kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi (gambar) hari ini.Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 15 Jun untuk membantah penipuan pilihan raya yang didakwa berlaku pada Pilihan Raya 2013.
“Jika Anwar merancang mengadakan perhimpunan ia mestilah mengikut premis dalam APA, baru polis boleh benarkan,” kata Ahmad Zahid kepada pemberita, selepas melawat pusat pemulihan dadah di Sungai Besi di sini.
Anwar turut berkata semalam, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.
“Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan hmpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.
“Pihak jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) telah menganjurkan beberapa diri Himpunan “Blackout 505” di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.
Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan