Aziz Muda |
KUALA LUMPUR: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS. Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda. Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk. "Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS. "Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata. "Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat. "Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang. Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN. Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu. Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 28 Januari 2011
BN digesa henti ugut pengundi Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Biarkan rakyat yang membuat pilihan mereka sendiri. Hanya mereka saja yang tahu apa yang mereka mahukan.
sebaiknya berkempen dgn cara baik.
siapa yang membuat ugutan sebenarnya?? apa pun, kepada mana-mana pihak pun, berkempenlah dengan bersih dan secara sihat.
Kita akan dapat memastikan kebenaran itu setelah berakhirnya pilihanraya di tenang. Keputusan itu nanti akan memperlihatkan kebenaran. Jika betul BN bertindak demikian rakyat tidak akan mengundi BN.
Mungkin ada salah faham yang timbul ekoran dari banyak maklumat yang dikhabarkan. Apapun semoga rakyat bijak untuk memilih siapakan yang mampu untuk menjadi wakil mereka.
Siapa yang ugut siapa yang sebenarnya ini. Tidak perlulah membuat fitnah berhubung kes ini. Biar rakyat memilih sendiri. Kalau kena ugut sekali pun bukan kita tahu dia undi siapa nanti. Betulkan..Undi adalah rahsia.
nampaknya PAS tidak serik2 menggunakan pendekatan fitnah untuk menutup kelemahan mereka. kalau benar kenapa tidak dedahkan nama, bila dan tempat ugutan itu berlaku. sejak awal2 lagi pengundi2 felda telah menunjukkan tentangan mereka terhadap calon PAS dan parti yang diwakili calon itu dengan tidak menghadiri ceramah2 yang mereka anjurkan. adakah disebabkan mereka tidak menghadiri ceramah itu, maka PAS menuduh kononnya pengundi2 felda diugut oleh umno???
bagi saya ini hanyalah alasan terdesak pembangkang setelah populariti mereka semakin menurun akibat serangan demi serangan oleh blogger2 pro umno. para blogger2 mengakui PRK Tenang dikuasai sepenuhnya oleh blogger pro umno. mana blogger2 pro PAS/PR? atau mungkin mereka juga sudah hilang sokongan kepada Pakatan pembangkang. jika blogger2 Pro umno boleh menyertakan bukti dalam bentuk gambar atau video dalam setiap penulisan mereka, kenapa pembangkang tidak??..
Macam2 timbul semasa p/raya oo... Ada2 ja gosip yang diwar-warkan. huhu
Apapun, pandai2 lah rakyat membuat penilaian dalam hal ini.
Catat Ulasan