Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
KUALA PENYU (Sabah): Kerajaan memandang serius tindakan mana-mana pihak yang cuba menggunakan isu-isu sensitif bertujuan memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana mana pihak atau individu yang cuba menimbulkan sentimen perkauman sehingga boleh menjejaskan hubungan harmoni di kalangan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memastikan setiap kaum mempunyai kebebasan dalam mengekalkan kebudayaan, pendidikan, cara hidup dan amalan beragama.
“Rakyat perlu mengekalkan cara hidup bertoleransi dan saling menghormati walaupun berbeza kepercayaan serta budaya bagi memastikan keharmonian yang dikecapi selama ini tidak terjejas” katanya ketika berucap merasmikan majlis rumah terbuka Satu
Malaysia sempena Sambutan Perayaan Krismas 2010 dan Tahun Baru 2011 di Dewan St Peter Bundu di sini.
Hadir sama wakil rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Persiden Pesatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) Pengerusi KDCA Kuala Penyu Sebastian Dirih Anjim, Pengerusi Penganjur Datuk Kimjus Duim dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Wences Anggang.
Sikap toleransi
Lajim yang juga Ketua Perhubungan Umno Beaufort menegaskan sikap toleransi amat dituntut terutama bagi masyarakat berbilang kaum kerana ia menjadi ramuan menyatupadukan rakyat.
Katanya, walaupun sebelum ini rakyat telah menunjukkan persefahaman dan kematangan yang membolehkan wujudnya keamanan serta kestabilan tetapi jika isu sensitif terus dibangkitkan, ia boleh memercikkan api perkauman dan mencetuskan rusuhan kaum.
“Kini ada pihak tertentu sengaja menggunakan isu-isu sensitif yang berkaitan agama dan budaya secara berterusan bagi membangkitkan perasan kebencian antara kaum supaya rakyat bertelagah dan akhirnya menyemarakkan semangat perkauman,” katanya.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, keunikan hidup rakyat berbilang kaum yang mengamalkan kebebasan dan kepercayaan agama masing-masing menjadi begitu unik kerana ia tidak terdapat di negara lain.
“Ini adalah satu kejayaan luar biasa dan perlu dipertahankan kerana kalau kita membiarkan isu-isu sensitif dimainkan, akhirnya keharmonian dan keamanan yang kita kecapi hari ini mungkin tidak akan wujud lagi selepas ini” katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau mengajak rakyat agar mempertahankannya supaya ia tidak diroboh oleh anasir tidak bertanggungjawab yang ingin melihat negara ini hancur.
Tambahnya, apa jua isu sensitif perlu diselesaikan secara muafakat dan bertoleransi supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
16 ulasan:
Harap kerajaan akan memandang serius mengenai isu sensitif terutamanya yang berkaitan dengan perkauman dan agama supaya tidak mencetus konflik antara rakyat.
Kerajaan juga perlu bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja membangkitkan isu sensitif ataupun mengeluarkan kenyataan rasis supaya selaras dengan konsep 1 Malaysia.
isu2 sensitif tak harus dibangkitkan kerana ia boleh memecahkan perpaduan di negera kita, sesiapa yang berbuat demikian harus dikenakan tindakan.
Rakyat sepatutnya sama2 bertanggungjawab dalam menjaga hubungan antara kaum. Peranan rakyat sangat2 diperlukan.
pihak yang cuba memainkan isu sensetif perlu dikenakan tindakan tegas. ini bagi mengekalkan perpaduan yang sedia ada.
setiap rakyat adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan perpaduan negara. maka, kita perlu bersama-sama menjaga perpaduan yang sedia terjalin.
Sabah contoh negeri yang berbilang kaum dan bangsa dan dapat hidup dengan aman dan harmoni. Apa pun kita mengharapkan tidak ada pihak yang brniat buruk untuk memecahbelahkan ikatan yang terjalin sekarang.
Kekalkan keharmonian dan kedamaian yang terdapat dinegara kita ini. Memang patut tindakkan tegas tetang isu sensitif.
Kerajaan memang patut bertindak tegas ke atas mana2x pihak yang sengaja menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk.
isu2 yang sensitif tak harus diambil ringan.
Rakyat haruslah bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain untuk mengekalkan perpaduan dalam negara.
selepas ini, jika ada pihak yang sengaja bermain2 dengan isu sensitif, kerajaan perlu buktikan ketegasan kerajaan dengan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan tanpa perlu didesak oleh orang awam seperti sebelum ini.
mengharapkan kerajaan semata2 bagi tugas memastikan keharmonian serta perpaduan di negara ini terus terjaga, tidak akan berhasil jika tidak ada kerjasama dari semua pihak terutamanya ahli2 politik.
Memang patut tindakan tegas dikenakan kepada individu atau pihak yang cuba menimbulkan isu sensitif...
Semoga amaran kerajaan ini diberi perhatian sewajarnya demi menjamin keharmonian negara.
Baguslah, memang kita perlu menghormati setiap agama di dalam Malaysia. Kita sebenarnya beruntung kerana boleh merayakan pelbagai perayaan di tempat sendiri tanpa perlu pergi ke China, India dan mana-mana tempat lagi.
Catat Ulasan