
PENDUDUK kampung Sinawangan/Katubu dalam Mukim Rundum meminta campur tangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk mencari penyelesaian terhadap tindakan drastik Jabatan Perhutanan yang bertindak ganas meroboh empat buah rumah di perkampungan itu tanpa sebarang amaran atau notis.
Jurucakap penduduk, Palipus Ampasu, 45, (gambar) ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin bahawa beliau kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak berperi kemanusiaan langsung.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan kakitangan Jabatan Perhutanan yang merobohkan 4 buah rumah penduduk perkampungan tersebut pada 13 Januari 2011 sekitar jam 1 petang dengan alasan kononnya rumah-rumah tersebut terletak di kawasan Hutan Simpan Rundum.
Ekoran insiden tersebut, satu laporan Polis telah dibuat beliau pada Isnin yang ditemani beberapa penduduk di situ, termasuk Haji Sabli Ambarok. Pihak Balai Polis di sini ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan tersebut.
Palipus yang juga Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kg Katubu kelihatan agak beremosi ketika itu seterusnya berkata, “Kami sudah tinggal di situ lebih 30 tahun lalu dan mempunyai tanaman getah yang sudah mengeluarkan hasil. Tetapi kenapa baru sekarang kami diusir dan rumah-rumah kami diroboh, nasib baik tidak dibakar,” tegasnya.
“Ini adalah Tanah Adat dan kawasan perkampungan nenek moyang kami sejak beratus tahun dahulu lagi. Malangnya baru sekarang timbul kawasan hutan simpan yang kami tidak tahu kewujudannya. Kalau dakwaan mereka, benar mana sempadannya?” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan masalah tersebut kepada Pegawai Daerah Tenom semua insiden dan perilaku kakitangan Jabatan Perhutanan yang didalangi kira-kira 20 kakitangan yang dipercayai daripada Sandakan.
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 22 Januari 2011
JABATAN HUTAN SABAH SEMAKIN KEJAM?
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan